Sunday, October 25, 2015

Berita Harian Buat Pembetulan Artikel dakwa Zahid minta Muhyiddin keluar Umno

CELAH GELEGAR
Berita Harian Buat Pembetulan Artikel dakwa Zahid minta Muhyiddin keluar Umno

Berita Harian melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menyebut supaya Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari parti itu tidak menyokong presiden parti Datuk Seri Najib Razak.
Akhbar milik Umno itu berkata demikian dalam pembetulan yang dibuat malam tadi berhubung laporan mengenai sidang akhbar Zahid yang disiarkan di laman web BH Online petang semalam itu.
"Berita yang disiarkan adalah berdasarkan tafsiran penulis terhadap jawapan yang diberikan oleh Ahmad Zahid pada sidang media petang tadi.
"Menurutnya (Zahid) apa yang menjadi keutamaan sekarang ialah memberi fokus untuk memperkukuhkan parti dan mendokong kepimpinan sekarang," petik laporan itu.
Ahmad Zahid pada sidang akhbar itu ditanya mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu Muhyiddin dan bukan Najib untuk menggantikan perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ini adalah selepas pilihan raya umum 2008, kata Muhyiddin. Najib berjaya mengambil-alih daripada Abdullah kerana kedudukannya sebagai Timbalan Presiden Umno manakala Muhyiddin hanya adalah naib presiden pada masa itu.
Ahmad Zahid menjawab dengan mengingatkan Muhyiddin aupaya berhenti bernostalgia terhadap perkara yang tidak menjadi realiti.
Zahid yang juga naib presiden Umno berkata, rakyat harus menyokong terhadap kepimpinan sedia ada kerana ia telah ditentukan rakyat.
Berikut rakaman audio wawancara itu.

DAPigs SEMAKIN SAWAN PERLEKEHKAN PAS!!!

SEMUT HITAM
DAPigs SEMAKIN SAWAN PERLEKEHKAN PAS!!!
Dek kerana keBEBALan yang ditonjolkan oleh puak - puak PAS tu sebelum ini telah berjaya membuatkan puak - puak DAPigs tu semakin sawan memperlekehkan mereka secara terbuka.

Sudah la sebelum ini PKR pun dah ludah muka PAS yang mendakwa KONONnya Pakatan Rakyat tu masih wujud dengan kerjasama diantara mereka berdua. Kali ini giliran DAPigs pulak.

Disebalik sikap BENGAP yang telah dipamerkan oleh Si Tuan Berahim tu semalam, DAPigs tampil dengan cabaran terbuka terhadap bekas rakan sekutu mereka itu secara terang - terangan.

DAPigs melalui Si Tony Puaka membuat cabaran tersebut dan menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tu telah lama berkubur dan sudah tidak wujud. Pendirian mereka terhadap perkara itu tetap sama.
"Pendirian DAP sama sampai mati, PR tidak lagi wujud. Kalau PR masih hidup, mungkin sesiapa boleh mengadakan mesyuarat majlis presiden PR dan lihat siapa yang akan hadir."Mungkin hanya PAS yang akan muncul. Jadi, jika itu yang berlaku, maka ia tidak wujudlah," kata Pua kepada pemberita.
Menegaskan semuanya kini berakhir, Tony berkata sebarang kerjasama antara PKR dan PAS ketika ini tidak ada kena mengena dengan PR sebagai satu pakatan rasmi seperti sebelum ini.

Dari satu sudut, kita dapat lihat betapa terdesaknya puak - puak PAS untuk mendapatkan sokongan tu sehingga sanggup memper-BODOH-kan diri mereka sendiri secara terbuka seperti itu.

Hakikatnya, PAS bukan sahaja sekadar "Syok Sendiri" bila membuat dakwaan KONONnya Pakatan Rakyat tu masih lagi wujud. Tapi dalam masa yang sama, ia membuktikan bahawa parti itu kini sudah menjadi 'Kera Sumbang'!!!

MUDAH JE PKR LUDAH MUKA PAS!!!

SEMUT HITAM
MUDAH JE PKR LUDAH MUKA PAS!!!
"Pakatan Rakyat (PR) sudah mati!" Demikian kata seorang pemimpin PKR hari ini selepas Timbalan Presiden PAS mendakwa gabungan itu masih hidup walaupun hanya mempunyai 2 ahli.
Katanya, PR yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS, tidak lagi mempunyai dasar rangka kerja, mahupun Majlis Presiden juga urusetia yang menyelaraskan program dan aktiviti pakatan itu.
"Hari ini semuanya itu tidak lagi wujud dan ini bermakna PR tidak lagi berfungsi," kata Saifudin yang juga bekas setiausaha agung PKR.
Saifuddin hari ini juga turut berkata, mungkin pemahaman Tuan Ibrahim mengenai apa yang telah dibincangkan dalam beberapa siri mesyuarat diantara PAS dan PKR itu mungkin berbeza.

Bahkan PKR yang telah mengadakan sebanyak 4 pertemuan dengan PAS setakat ini, semuanya hanya diketuai oleh Presiden PKR dan tidak ada satu pun mesyuarat itu yang turut dihadiri oleh Presiden PAS.

Walaubagaimana pun, PKR mengesahkan bahawa tiada sebarang keputusan politik pernah dibuat ketika mesyuarat itu diadakan melainkan sekadar bertukar-tukar pandangan perihal isu semasa.

Selain itu, Saifuddin juga menegaskan bahawa adalah menjadi dasar PKR untuk mengekalkan pendekatan terbuka terhadap semua parti yang bertekad menumbangkan Barisan Nasional.

Dalam erti kata mudahnya, PAS hanya sekadar 'Syok Sendiri' je bila mendakwa KONONnya gabungan mereka dengan PKR tu masih mengekalkan Pakatan Rakyat. Tapi, apa boleh buat. Kalau kita kata diorang ni jenis manusia yang tak sedar diri, diorang marah pulak!!!

[KECAMAN ZAHID SUDAH TIADA DI BH ONLINE] Berita “Muhyiddin Diminta Keluar UMNO Secara Sukarela – TPM” DITARIK BALIK?

CELAH GELEGAR
[KECAMAN ZAHID SUDAH TIADA DI BH ONLINE] Berita “Muhyiddin Diminta Keluar UMNO Secara Sukarela – TPM” DITARIK BALIK?

KUALA LUMPUR, 25 OKTOBER 2015 – Akhbar berita perdana, Berita Harian hari ini menarik balik berita online liputan rencana mereka bertajuk “Muhyiddin Diminta Keluar UMNO Secara Sukarela – TPM”.
Rencana tersebut berkaitan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri baru, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyelar Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dibuang dari pejabat akhir Julai 2015.
Kenyataan keras lagi lantang Zahid, TPM yang baru saja dilantik tidak sampai tiga bulan itu diambil oleh Berita Harian selepas merasmikan Hari Pengguna Kebangsaan 2015 dan Kempen Cintai Buatan Malaysia di Dataran Merdeka semalam, Zahid mahukan Muhyiddin keluar dari UMNO dan dinasihatkan tidak perlu bernostalgia terhadap sesuatu sudah berlaku tapi tidak menjadi realiti.
BH2
Foto : Rencana asal Berita Harian mengenai kenyataan Zahid
Muhyiddin sebelum ini menyatakan dalam program anjuran Sinar Harian di Hotel Grand Bluewave Johor Bahru bahawa Rakyat Malaysia dan ahli-ahli UMNO sedia maklum bahawa beliaulah ‘King Maker’ yakni penyebab utama Dato’ Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri semasa proses peralihan pentadbiran Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Kenyataan Muhyiddin itu sedikit sebanyak meletakkan senario politik negara dalam keadaan ‘lebih panas’ kerana secara majoriti Rakyat Malaysia melihat jelas sikap jijik Najib menyingkirkan Muhyiddin dan meletakkan Zahid sebagai pengganti bercanggah dengan ajaran Islam dan budaya Melayu.
Hanya segelintir sahaja pemimpin UMNO yang masih taksub dan masih tidak nampak bahawa sokongan untuk mengangkat Najib Razak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6 itu sama seperti melepaskan anjing yang tersepit.
BH3
Foto : Portal Berita Harian Online setelah rencana diturunkan
Persolannya sekarang, siapa yang mengarahkan rencana itu diturunkan? Lazimnya, dalam dunia kewartawanan, sesuatu kenyataan itu boleh ditarik balik oleh orang yang membuat kenyataan itu sendiri.
Jika benar ‘arahan’ untuk menurunkan rencana itu adalah arahan Zahid, ini bermaksud Zahid masih melihat Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO lebih ‘Senior’ yang dihormati lagi paling layak untuk memimpin Malaysia, Barisan Nasional dan UMNO selepas ini.
Ini juga bermaksud Muhyiddin adalah gabungan dan peluang terbaik Zahid serta seluruh kepimpinan UMNO mencabar Najib Razak, Presiden UMNO yang kini ditentang dan dicemuh ramai baik dari dalam atau luar negara. – myNewsAsia

USAHA HALANG TSMY HANYA KHABAR ANGIN???

SEMUT HITAM
USAHA HALANG TSMY HANYA KHABAR ANGIN???
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan khabar angin yang mengatakan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dihalang dari merasmikan Perhimpunan Agung Sayap semasa Perhimpunan Agung Umno pada Disember ini.

Khabar angin itu kini diperkatakan gara-gara kelantangan Muhyiddin menyuarakan pandangan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), terutama selepas beliau tidak lagi bergelar Timbalan Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai termasuk ahli Umno untuk tidak percaya khabar angin tersebut dan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan parti.
Saya tak ada dengar pun, itu khabar angin. Anggap sahaja sebagai khabar angin,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri (JBI), yang dipengerusikan bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, di sini, hari ini.
Manakala Mukhriz ketika disoal oleh pihak media juga turut menyifatkan bahawa dakwaan itu hanya sebagai khabar angin yang tidak dapat disahkan kepastian kerana sekadar menjadi bualan.
Kita dengar macam itu, tetapi tiada kepastian,” katanya.
Mengikut tradisi dan kebiasaan UMNO, Timbalan Presiden akan merasmikan perhimpunan serentak sayap Pemuda, Wanita dan Puteri setiap kali Perhimpunan Agung parti itu diadakan.

Laporan yang disiarkan oleh pihak media, khabar angin mengenai perkara itu hanya dibuat selepas program Bicara Minda yang telah dihadiri oleh Timbalan Presiden UMNO itu sebelum ini.

Dalam erti kata lainnya, yang mencetuskan khabar angin mengenai perkara itu pun bukannya orang lain. Sebaliknya, tuan empunya diri jugak yang bawak cerita tu. Bukannya orang lain. Jadi, baik tanya pada tuan empunya diri la sama ada betul atau pun tidak!!!

SS DATO DR ASRI-Adakah Murtad Tolak Poligami

Onekuliah
SS DATO DR ASRI-Adakah Murtad Tolak Poligami

[6 GAMBAR][MUHYIDDIN DIPULAU UMNO] 3 Serangkai, Najib, Zahid, Hishamuddin hadir Program "Umno Keris 2314' di Melaka

CELAH GELEGAR
[6 GAMBAR][MUHYIDDIN DIPULAU UMNO] 3 Serangkai, Najib, Zahid, Hishamuddin hadir Program "Umno Keris 2314' di Melaka
Tumbukan padu Pendekar Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadiri majlis penutup program UMNO Keris 2314 di Kem Permata Resort, Ayer Pa'abas di Alor Gajah.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein; Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron; dan Anggota Dewan Negara Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Ketibaan Najib di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di Batu Berendam dekat sini disambut Idris dan Mohd Ali pukul 10.30 pagi tadi sebelum tiba di Kem Permata Resort sejam kemudian.

Kenderaan membawa Perdana Menteri kemudian dilihat beredar meninggalkan kem tersebut pada pukul 3.10 petang.

Program UMNO Keris 2314 yang bertujuan mengukuhkan jentera parti itu diadakan di sini selama tiga hari bermula Jumaat lepas dan dihadiri lebih 500 anggota UMNO seluruh negara.
- Bernama
TIGA SERANGKAI NAIB, ZAHID, MUHYIDDIN