Friday, October 23, 2015

[LEPAS BENTANG BAJET 2016] PM lawat Yang Di-Pertuan Agong di IJN

CELAH GELEGAR
[LEPAS BENTANG BAJET 2016] PM lawat Yang Di-Pertuan Agong di IJN

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menziarahi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Najib tiba di Blok A, lobi utama IJN pada pukul 6.30 petang selepas beliau selesai membentangkan Bajet 2016 di Parlimen.

Perdana Menteri tiba bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan disambut beberapa pegawai istana dan pegawai perubatan IJN.

Tuanku Abdul Halim kini menjalani rawatan berkala di IJN.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Agong jalani pemeriksaan di IJN ]

Terdahulu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wira Awang Kechik Abdul Rahman dalam satu kenyataan berkata, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, 88, berangkat ke IJN pada 10.30 malam tadi bagi menjalani pemeriksaan kesihatan berkala seperti yang dijadualkan.

"Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sedang berehat dan dijangka kembali bertugas secepat mungkin," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment