Friday, October 23, 2015

BIAR DIUGUT AHLI, ADUN DAPigs TETAP BERTANDING!!!

SEMUT HITAM
BIAR DIUGUT AHLI, ADUN DAPigs TETAP BERTANDING!!!
Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji tetap akan bertanding pada pemilihan DAP negeri kerana namanya telah dicalonkan walaupun menerima ugutan dan ancaman supaya menarik diri untuk pemilihan itu.

Zulpuri berkata, beliau sememangnya terkesan dengan ancaman itu apatah lagi membabitkan karier politiknya dengan keluarga namun negara ini mempunyai undang-undang.

Menurutnya, pihak berkuasa ada, jadi sebaiknya serahkan sahaja kepada polis untuk menyiasat mereka yang membuat ancaman itu.
“Saya telah buat laporan polis semalam dan berharap pihak berkuasa dapat menyelesaikan isu tersebut,” katanya kepada Sinar Harian mengulas isu kain rentang mengancamnya supaya menarik diri dari pemilihan DAP Pahang kelmarin.
Zulpuri yang juga Adun Mentakab berkata, namanya telah dicalonkan sejak awal lagi untuk bersama 32 senarai nama lain yang akan bertanding merebut 15 tempat sebelum pemilihan jawatan dalam jawatankuasa DAP Pahang.

Beliau berkata, ancaman tersebut memang memberi kesan kepadanya terutama sekali dari segi keselamatan tetapi itulah hakikat yang terpaksa ditanggung apabila terlibat dalam politik.

Akhbar ini Selasa lalu melaporkan, Pembantu Khas Zulpuri, Peter Ong membuat laporan polis selepas kehadiran satu kain rentang di luar bangunan pejabat Zulpuri yang mengancam keselamatan wakil rakyat itu dan keluarga sekiranya bertanding jawatan Pengerusi DAP negeri.


Peter Ong juga memaklumkan terdapat bangkai seekor ayam yang digantung di pintu masuk pejabat wakil rakyat itu selain nota tulisan tangan yang mengancam keselamatan Zulpuri dan keluarga.

PS: Tak pelik la kalau dia tetap nak bertanding. Kebiasaannya orang bila dah dapat kuasa, diugut macam mana sekali pun dia tetap akan cuba nak kekalkan jawatan!!!

No comments:

Post a Comment