Sunday, October 25, 2015

[HARGA PEJUANGAN MENENTANG KEBATILAN] Dr. Maszlee:'Bayaran tinggi' untuk keberanian Muhyiddin

CELAH GELEGAR
[HARGA PEJUANGAN MENENTANG KEBATILAN] Dr. Maszlee:'Bayaran tinggi' untuk keberanian Muhyiddin

JOHOR BAHRU - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai seorang pemimpin luar biasa dan merupakan kebanggaan anak Bangsa Johor.

Moderator Program Bicara Minda dan Sesi Dialog bersama bekas Timbalan Perdana Menteri itu, Dr Maszlee Malik berkata, suara keberanian luar biasa Muhyiddin sebagai seorang pemimpin terpaksa dibayar dengan ‘bayaran tinggi’, termasuk kehilangan jawatan apabila digugurkan daripada Kabinet.

“Tan Sri Muhyiddin telah mempamerkan sikap seorang pemimpin yang berani bersuara dalam memperjuangkan kebenaran dan sudah tiba masanya untuk anak Johor terus bangkit dan mencontohinya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Bicara Minda dan Sesi Dialog bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Hotel Grand Bluewave, di sini, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Saya sahaja bersuara, yang lain buat apa?]

Maszlee, ketika mengendalikan program itu, sempat mengajukan soalan mengenai ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Bajet 2016 kelmarin, berkaitan perumpamaan ‘gunting dalam lipatan’ dan ‘api dalam sekam’ kepada Muhyiddin.

Bagaimanapun, jawapan bersahaja bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengenai perumpamaan tersebut menunjukkan itu bukan sifat dirinya, tetapi kelantangan Muhyiddin adalah disebabkan tanggungjawabnya sebagai pemimpin yang memperjuangkan hak rakyat dan kepentingan parti.

“Saya tertunggu-tunggu juga sekiranya ada penonton yang akan mengajukan soalan terbabit, namun selepas tiada yang bertanya mengenainya saya ambil peluang itu,” katanya.

Maszlee turut memuji Sinar Harian kerana menganjurkan program itu dalam meneruskan budaya demokrasi melalui konsep telus dan tulus. -SH

No comments:

Post a Comment