CELAH GELEGAR
Berita Harian Buat Pembetulan Artikel dakwa Zahid minta Muhyiddin keluar Umno
Berita Harian melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menyebut supaya Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari parti itu tidak menyokong presiden parti Datuk Seri Najib Razak.
Akhbar milik Umno itu berkata demikian dalam pembetulan yang dibuat malam tadi berhubung laporan mengenai sidang akhbar Zahid yang disiarkan di laman web BH Online petang semalam itu.
"Berita yang disiarkan adalah berdasarkan tafsiran penulis terhadap jawapan yang diberikan oleh Ahmad Zahid pada sidang media petang tadi.
"Menurutnya (Zahid) apa yang menjadi keutamaan sekarang ialah memberi fokus untuk memperkukuhkan parti dan mendokong kepimpinan sekarang," petik laporan itu.
Ahmad Zahid pada sidang akhbar itu ditanya mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu Muhyiddin dan bukan Najib untuk menggantikan perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ini adalah selepas pilihan raya umum 2008, kata Muhyiddin. Najib berjaya mengambil-alih daripada Abdullah kerana kedudukannya sebagai Timbalan Presiden Umno manakala Muhyiddin hanya adalah naib presiden pada masa itu.
Ahmad Zahid menjawab dengan mengingatkan Muhyiddin aupaya berhenti bernostalgia terhadap perkara yang tidak menjadi realiti.
Zahid yang juga naib presiden Umno berkata, rakyat harus menyokong terhadap kepimpinan sedia ada kerana ia telah ditentukan rakyat.
Berikut rakaman audio wawancara itu.
No comments:
Post a Comment