SEMUT HITAM
PKR SEBENARNYA TAKDE NAFSU NAK BENTANG USUL!!!
Itu hakikat sebenarnya. Tak perlu la diorang nak berbelit - belit cerita kononnya diorang nak bawak Usul Undi Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri dalam sidang Parlimen tu.
Setakat buat GEMPAK yang kemudiannya hanya sekadar memalukan diri sendiri je buat apa. Kot ye pun diorang nak tunjuk Hero, jangan la sampai tahap keBODOHan diri sendiri pun nak ditayang sama.
Sepertimana yang telah dijelaskan sebelum ini, puak - puak PKR ni hanya setakat nak MENIPU rakyat je bila kata diorang nak hantar semula usul Undi Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri tu.
Sedangkan usul yang diorang hantar sebelum ini pun dah masuk jadual terakhir dari senarai 28 usul yang akan dibentangkan dalam persidangan kali ini. Jadi, mana sempat diorang nak hantar yang baru.
Perkara yang sama juga turut dijelaskan oleh Speaker Dewan yang menyatakan bahawa sekiranya puak - puak Pakatan tu tetap nak hantar usul, ianya tidak sempat dibentangkan kali ini.
"Saya ingatkan (Ahli Parlimen) Permatang Pauh, kalau nak buat usul undi tak percaya (mesti) menepati peraturan mesyuarat 26 dan 27."Kalaupun (usul) diterima ia akan diberi masuk (dibahas pada) sesi mesyuarat akan datang, bukan sesi ini," kata Pandikar ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.
Kenyataan Speaker itu merujuk kepada peraturan mesyuarat yang menetapkan bahawa sebarang usul yang hendak dibentangkan perlu dihantar sekurang - kurangnya 14 hari sebelum persidangan bermula.
Maka sebab itu ada dikalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu sendiri yang mendakwa bahawa PKR hanya sekadar 'Main - Main' dalam isu nak membentangkan usul tersebut di Parlimen.
Malah mereka juga turut mendakwa, tindakan Ahli Parlimen PKR yang membawa usul tersebut seolah - olah menganggap ianya 'Permainan Kanak - Kanak' dan membelakangkan Ketua Pembangkang.
"Ini bukan permainan, ia bukan seperti main guli, tetapi jika anda mahu juga menjejaskan usul seperti bermain guli, maka teruskan," ujarnya.Nah! Itu membuktikan bahawa puak - puak PKR tu bukannya serius sangat nak bawak usul Undi Tidak Percaya terhadap YAB Perdana Menteri tu. Sebaliknya, diorang hanya setakat main Gempak je. Penyudahnya, diri diorang sendiri jugak yang hilang kemaluan!!!
No comments:
Post a Comment