Sunday, October 25, 2015

Berita Harian Buat Pembetulan Artikel dakwa Zahid minta Muhyiddin keluar Umno

CELAH GELEGAR
Berita Harian Buat Pembetulan Artikel dakwa Zahid minta Muhyiddin keluar Umno

Berita Harian melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menyebut supaya Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari parti itu tidak menyokong presiden parti Datuk Seri Najib Razak.
Akhbar milik Umno itu berkata demikian dalam pembetulan yang dibuat malam tadi berhubung laporan mengenai sidang akhbar Zahid yang disiarkan di laman web BH Online petang semalam itu.
"Berita yang disiarkan adalah berdasarkan tafsiran penulis terhadap jawapan yang diberikan oleh Ahmad Zahid pada sidang media petang tadi.
"Menurutnya (Zahid) apa yang menjadi keutamaan sekarang ialah memberi fokus untuk memperkukuhkan parti dan mendokong kepimpinan sekarang," petik laporan itu.
Ahmad Zahid pada sidang akhbar itu ditanya mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu Muhyiddin dan bukan Najib untuk menggantikan perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ini adalah selepas pilihan raya umum 2008, kata Muhyiddin. Najib berjaya mengambil-alih daripada Abdullah kerana kedudukannya sebagai Timbalan Presiden Umno manakala Muhyiddin hanya adalah naib presiden pada masa itu.
Ahmad Zahid menjawab dengan mengingatkan Muhyiddin aupaya berhenti bernostalgia terhadap perkara yang tidak menjadi realiti.
Zahid yang juga naib presiden Umno berkata, rakyat harus menyokong terhadap kepimpinan sedia ada kerana ia telah ditentukan rakyat.
Berikut rakaman audio wawancara itu.

DAPigs SEMAKIN SAWAN PERLEKEHKAN PAS!!!

SEMUT HITAM
DAPigs SEMAKIN SAWAN PERLEKEHKAN PAS!!!
Dek kerana keBEBALan yang ditonjolkan oleh puak - puak PAS tu sebelum ini telah berjaya membuatkan puak - puak DAPigs tu semakin sawan memperlekehkan mereka secara terbuka.

Sudah la sebelum ini PKR pun dah ludah muka PAS yang mendakwa KONONnya Pakatan Rakyat tu masih wujud dengan kerjasama diantara mereka berdua. Kali ini giliran DAPigs pulak.

Disebalik sikap BENGAP yang telah dipamerkan oleh Si Tuan Berahim tu semalam, DAPigs tampil dengan cabaran terbuka terhadap bekas rakan sekutu mereka itu secara terang - terangan.

DAPigs melalui Si Tony Puaka membuat cabaran tersebut dan menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tu telah lama berkubur dan sudah tidak wujud. Pendirian mereka terhadap perkara itu tetap sama.
"Pendirian DAP sama sampai mati, PR tidak lagi wujud. Kalau PR masih hidup, mungkin sesiapa boleh mengadakan mesyuarat majlis presiden PR dan lihat siapa yang akan hadir."Mungkin hanya PAS yang akan muncul. Jadi, jika itu yang berlaku, maka ia tidak wujudlah," kata Pua kepada pemberita.
Menegaskan semuanya kini berakhir, Tony berkata sebarang kerjasama antara PKR dan PAS ketika ini tidak ada kena mengena dengan PR sebagai satu pakatan rasmi seperti sebelum ini.

Dari satu sudut, kita dapat lihat betapa terdesaknya puak - puak PAS untuk mendapatkan sokongan tu sehingga sanggup memper-BODOH-kan diri mereka sendiri secara terbuka seperti itu.

Hakikatnya, PAS bukan sahaja sekadar "Syok Sendiri" bila membuat dakwaan KONONnya Pakatan Rakyat tu masih lagi wujud. Tapi dalam masa yang sama, ia membuktikan bahawa parti itu kini sudah menjadi 'Kera Sumbang'!!!

MUDAH JE PKR LUDAH MUKA PAS!!!

SEMUT HITAM
MUDAH JE PKR LUDAH MUKA PAS!!!
"Pakatan Rakyat (PR) sudah mati!" Demikian kata seorang pemimpin PKR hari ini selepas Timbalan Presiden PAS mendakwa gabungan itu masih hidup walaupun hanya mempunyai 2 ahli.
Katanya, PR yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS, tidak lagi mempunyai dasar rangka kerja, mahupun Majlis Presiden juga urusetia yang menyelaraskan program dan aktiviti pakatan itu.
"Hari ini semuanya itu tidak lagi wujud dan ini bermakna PR tidak lagi berfungsi," kata Saifudin yang juga bekas setiausaha agung PKR.
Saifuddin hari ini juga turut berkata, mungkin pemahaman Tuan Ibrahim mengenai apa yang telah dibincangkan dalam beberapa siri mesyuarat diantara PAS dan PKR itu mungkin berbeza.

Bahkan PKR yang telah mengadakan sebanyak 4 pertemuan dengan PAS setakat ini, semuanya hanya diketuai oleh Presiden PKR dan tidak ada satu pun mesyuarat itu yang turut dihadiri oleh Presiden PAS.

Walaubagaimana pun, PKR mengesahkan bahawa tiada sebarang keputusan politik pernah dibuat ketika mesyuarat itu diadakan melainkan sekadar bertukar-tukar pandangan perihal isu semasa.

Selain itu, Saifuddin juga menegaskan bahawa adalah menjadi dasar PKR untuk mengekalkan pendekatan terbuka terhadap semua parti yang bertekad menumbangkan Barisan Nasional.

Dalam erti kata mudahnya, PAS hanya sekadar 'Syok Sendiri' je bila mendakwa KONONnya gabungan mereka dengan PKR tu masih mengekalkan Pakatan Rakyat. Tapi, apa boleh buat. Kalau kita kata diorang ni jenis manusia yang tak sedar diri, diorang marah pulak!!!

[KECAMAN ZAHID SUDAH TIADA DI BH ONLINE] Berita “Muhyiddin Diminta Keluar UMNO Secara Sukarela – TPM” DITARIK BALIK?

CELAH GELEGAR
[KECAMAN ZAHID SUDAH TIADA DI BH ONLINE] Berita “Muhyiddin Diminta Keluar UMNO Secara Sukarela – TPM” DITARIK BALIK?

KUALA LUMPUR, 25 OKTOBER 2015 – Akhbar berita perdana, Berita Harian hari ini menarik balik berita online liputan rencana mereka bertajuk “Muhyiddin Diminta Keluar UMNO Secara Sukarela – TPM”.
Rencana tersebut berkaitan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri baru, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyelar Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dibuang dari pejabat akhir Julai 2015.
Kenyataan keras lagi lantang Zahid, TPM yang baru saja dilantik tidak sampai tiga bulan itu diambil oleh Berita Harian selepas merasmikan Hari Pengguna Kebangsaan 2015 dan Kempen Cintai Buatan Malaysia di Dataran Merdeka semalam, Zahid mahukan Muhyiddin keluar dari UMNO dan dinasihatkan tidak perlu bernostalgia terhadap sesuatu sudah berlaku tapi tidak menjadi realiti.
BH2
Foto : Rencana asal Berita Harian mengenai kenyataan Zahid
Muhyiddin sebelum ini menyatakan dalam program anjuran Sinar Harian di Hotel Grand Bluewave Johor Bahru bahawa Rakyat Malaysia dan ahli-ahli UMNO sedia maklum bahawa beliaulah ‘King Maker’ yakni penyebab utama Dato’ Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri semasa proses peralihan pentadbiran Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Kenyataan Muhyiddin itu sedikit sebanyak meletakkan senario politik negara dalam keadaan ‘lebih panas’ kerana secara majoriti Rakyat Malaysia melihat jelas sikap jijik Najib menyingkirkan Muhyiddin dan meletakkan Zahid sebagai pengganti bercanggah dengan ajaran Islam dan budaya Melayu.
Hanya segelintir sahaja pemimpin UMNO yang masih taksub dan masih tidak nampak bahawa sokongan untuk mengangkat Najib Razak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6 itu sama seperti melepaskan anjing yang tersepit.
BH3
Foto : Portal Berita Harian Online setelah rencana diturunkan
Persolannya sekarang, siapa yang mengarahkan rencana itu diturunkan? Lazimnya, dalam dunia kewartawanan, sesuatu kenyataan itu boleh ditarik balik oleh orang yang membuat kenyataan itu sendiri.
Jika benar ‘arahan’ untuk menurunkan rencana itu adalah arahan Zahid, ini bermaksud Zahid masih melihat Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO lebih ‘Senior’ yang dihormati lagi paling layak untuk memimpin Malaysia, Barisan Nasional dan UMNO selepas ini.
Ini juga bermaksud Muhyiddin adalah gabungan dan peluang terbaik Zahid serta seluruh kepimpinan UMNO mencabar Najib Razak, Presiden UMNO yang kini ditentang dan dicemuh ramai baik dari dalam atau luar negara. – myNewsAsia

USAHA HALANG TSMY HANYA KHABAR ANGIN???

SEMUT HITAM
USAHA HALANG TSMY HANYA KHABAR ANGIN???
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan khabar angin yang mengatakan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dihalang dari merasmikan Perhimpunan Agung Sayap semasa Perhimpunan Agung Umno pada Disember ini.

Khabar angin itu kini diperkatakan gara-gara kelantangan Muhyiddin menyuarakan pandangan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), terutama selepas beliau tidak lagi bergelar Timbalan Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai termasuk ahli Umno untuk tidak percaya khabar angin tersebut dan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan parti.
Saya tak ada dengar pun, itu khabar angin. Anggap sahaja sebagai khabar angin,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri (JBI), yang dipengerusikan bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, di sini, hari ini.
Manakala Mukhriz ketika disoal oleh pihak media juga turut menyifatkan bahawa dakwaan itu hanya sebagai khabar angin yang tidak dapat disahkan kepastian kerana sekadar menjadi bualan.
Kita dengar macam itu, tetapi tiada kepastian,” katanya.
Mengikut tradisi dan kebiasaan UMNO, Timbalan Presiden akan merasmikan perhimpunan serentak sayap Pemuda, Wanita dan Puteri setiap kali Perhimpunan Agung parti itu diadakan.

Laporan yang disiarkan oleh pihak media, khabar angin mengenai perkara itu hanya dibuat selepas program Bicara Minda yang telah dihadiri oleh Timbalan Presiden UMNO itu sebelum ini.

Dalam erti kata lainnya, yang mencetuskan khabar angin mengenai perkara itu pun bukannya orang lain. Sebaliknya, tuan empunya diri jugak yang bawak cerita tu. Bukannya orang lain. Jadi, baik tanya pada tuan empunya diri la sama ada betul atau pun tidak!!!

SS DATO DR ASRI-Adakah Murtad Tolak Poligami

Onekuliah
SS DATO DR ASRI-Adakah Murtad Tolak Poligami

[6 GAMBAR][MUHYIDDIN DIPULAU UMNO] 3 Serangkai, Najib, Zahid, Hishamuddin hadir Program "Umno Keris 2314' di Melaka

CELAH GELEGAR
[6 GAMBAR][MUHYIDDIN DIPULAU UMNO] 3 Serangkai, Najib, Zahid, Hishamuddin hadir Program "Umno Keris 2314' di Melaka
Tumbukan padu Pendekar Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadiri majlis penutup program UMNO Keris 2314 di Kem Permata Resort, Ayer Pa'abas di Alor Gajah.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein; Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron; dan Anggota Dewan Negara Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Ketibaan Najib di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di Batu Berendam dekat sini disambut Idris dan Mohd Ali pukul 10.30 pagi tadi sebelum tiba di Kem Permata Resort sejam kemudian.

Kenderaan membawa Perdana Menteri kemudian dilihat beredar meninggalkan kem tersebut pada pukul 3.10 petang.

Program UMNO Keris 2314 yang bertujuan mengukuhkan jentera parti itu diadakan di sini selama tiga hari bermula Jumaat lepas dan dihadiri lebih 500 anggota UMNO seluruh negara.
- Bernama
TIGA SERANGKAI NAIB, ZAHID, MUHYIDDIN




DASAR TAK SEDAR DIRI SI NIZAR LILIN!!!

SEMUT HITAM
DASAR TAK SEDAR DIRI SI NIZAR LILIN!!!
Polemik Parti Amanah Nasional (PAN) dan PAS semakin kronik. Di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gantang, ADUNnya, DS Nizar Jamaluddin telah mula menukarkan 'signboard' di Pusat Khidmat beliau. Lambang PAS diturunkan dan lambang PAN dinaikkan.

Mungkin DS Nizar terlupa bahawa pengundi-pengundinya dahulu telah memangkah bulan sebagai lambang PAS di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas dan bukannya PAN.
Mungkin DS Nizar juga terlupa bahawa beliau telah memegang jawatan sebagai Menteri Besar Perak walaupun dalam masa yang singkat adalah disebabkan perkenan Baginda Sultan Perak kerana DS Nizar mewakili PAS dan bukan PAN.

Masa begitu cepat berlalu. Dulu ada sembahyang hajat dilakukan di sebuah stadium di Kota Bharu mendoakan PAS mengantikan UMNO. Kuasa Allah menentukan segala. Kini 2015, bukan PAS mengantikan UMNO sebaliknya PAN mengantikan PAS. - sumber ulasan dari CTS.

PS: Betul la kata perumpamaan semalam. Yang 'Hijau' diorang buang, yang 'Oren' dibuat makan. Tapi yang 'Oren' tu kena ingat. Akhirnya nanti, diorang akan jadi 'Coklat Taik' jugak!!!

[KEHENDAK RAKYAT MACAM MANA] Zahid Hamidi :"Hanya 13 orang daripada 20,000 ketua cawangan umno" MAHU NAJIB UNDUR

CELAH GELEGAR
[KEHENDAK RAKYAT MACAM MANA] Zahid Hamidi :"Hanya 13 orang daripada 20,000 ketua cawangan umno" MAHU NAJIB UNDUR

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi nampaknya tidak memandang berat gesaan 13 cawangan Umno dalam di Teluk Kemang yang mahu perdana menteri berundur.

Dengan nada sinis Zahid berkata gesaan terhadap Datuk Seri Najib Razak itu sedikit jika dibandingkan dengan 20,000 Umno cawangan lain di seluruh Malaysia.

“Tiga belas orang daripada 20,000 ketua cawangan,” katanya sinis ketika ditanya perkara itu.

Tambah Zahid beliau juga masih belum menerima memorandum menggesa Najib meletakkan jawatan daripada kumpulan itu.

“Saya tak dapat lagi memorandum itu, kalau dapat kita akan teliti,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Pengguna Kebangsaan dan Kempen Cintai Buatan Malaysia di Dataran Merdeka petang ini.

Semalam 13 cawangan Umno dalam bahagian Teluk Kemang, Negeri Sembilan tampil menggesa supaya Najib meletakkan jawatan.

Ketua Cawangan Taman TKK, Kamarul Azman Habibur Rahman yang mengetuai kumpulan itu berkata, sebagai pemimpin akar umbi beliau tidak berniat menghukum presiden parti berhubung isu yang melanda negara ketika ini.

Sebaliknya, pengunduran Najib perlu dilakukan bagi memastikan Umno tidak menjadi mangsa keadaan oleh pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun Ketua Umno bahagian itu Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, kesemua mereka seharusnya menyatakan pendirian masing-masing pada Persidangan Perwakilan Umno bahagian ketika usul sokongan terhadap kepimpinan parti yang diadakan sebelum ini.

Katanya lagi, tindakan kesemua mereka tidak menghormati keputusan yang telah diputuskan semasa persidangan sebelum ini.

Isa bagaimanapun berkata Umno Bahagian Teluk Kemang tetap memberikan sokongan terhadap Najib selaku presiden Umno. -MK



KAJIAN MERDEKA CENTRE - Lepas PECAT Muhyiddin & Shafie, Peratusan Rakyat Keseluruhan dan Melayu Sokong Najib TURUN MENDADAK

Menurut tinjauan kebangsaan yang dijalankan Merdeka Center pada Ogos itu, hanya 31% pengundi Melayu menyokong Putrajaya, satu penurunan besar daripada 52% yang direkodkan pada Januari. 

Tahap penerimaan kebangsaan ketika tinjauan Ogos adalah pada 23%, turun daripada 38% pada Januari. 

Masyarakat Cina juga melahirkan rasa tidak puas hati, mencatatkan hanya 5% penerimaan terhadap pentadbiran Najib, berbanding 11% pada Januari. 

Kajian itu dijalankan beberapa minggu selepas rombakan Kabinet pada hujung Julai, apabila Najib menggugurkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang lagi menteri, Datuk Seri Shafie Apdal. 

[HARGA PEJUANGAN MENENTANG KEBATILAN] Dr. Maszlee:'Bayaran tinggi' untuk keberanian Muhyiddin

CELAH GELEGAR
[HARGA PEJUANGAN MENENTANG KEBATILAN] Dr. Maszlee:'Bayaran tinggi' untuk keberanian Muhyiddin

JOHOR BAHRU - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai seorang pemimpin luar biasa dan merupakan kebanggaan anak Bangsa Johor.

Moderator Program Bicara Minda dan Sesi Dialog bersama bekas Timbalan Perdana Menteri itu, Dr Maszlee Malik berkata, suara keberanian luar biasa Muhyiddin sebagai seorang pemimpin terpaksa dibayar dengan ‘bayaran tinggi’, termasuk kehilangan jawatan apabila digugurkan daripada Kabinet.

“Tan Sri Muhyiddin telah mempamerkan sikap seorang pemimpin yang berani bersuara dalam memperjuangkan kebenaran dan sudah tiba masanya untuk anak Johor terus bangkit dan mencontohinya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Bicara Minda dan Sesi Dialog bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Hotel Grand Bluewave, di sini, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Saya sahaja bersuara, yang lain buat apa?]

Maszlee, ketika mengendalikan program itu, sempat mengajukan soalan mengenai ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Bajet 2016 kelmarin, berkaitan perumpamaan ‘gunting dalam lipatan’ dan ‘api dalam sekam’ kepada Muhyiddin.

Bagaimanapun, jawapan bersahaja bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengenai perumpamaan tersebut menunjukkan itu bukan sifat dirinya, tetapi kelantangan Muhyiddin adalah disebabkan tanggungjawabnya sebagai pemimpin yang memperjuangkan hak rakyat dan kepentingan parti.

“Saya tertunggu-tunggu juga sekiranya ada penonton yang akan mengajukan soalan terbabit, namun selepas tiada yang bertanya mengenainya saya ambil peluang itu,” katanya.

Maszlee turut memuji Sinar Harian kerana menganjurkan program itu dalam meneruskan budaya demokrasi melalui konsep telus dan tulus. -SH

PAS MASIH TAK SERIK DIKENCING PKR!!!

SEMUT HITAM
PAS MASIH TAK SERIK DIKENCING PKR!!!
Nampak gayanya, sehingga hari ini, PAS masih lagi hidup dalam angan - angan dan imaginasi mereka sendiri apabila mendakwa Pakatan Rakyat tu masih lagi 'Hidup' pada ketika ini.

Walaupun hakikatnya, Pakatan Rakyat tu telah pun berkubur apabila ianya diumumkan oleh puak - puak DAPigs dan dengan kewujudakan Pakatan Harapan, tapi PAS tak boleh menerimanya.

Bagi PAS, kewujudan Pakatan Rakyat tu hanya cukup dengan kerjasama diantara parti itu dengan PKR. Tapi PAS lupa bahawa PKR telah beberapa kali mengkhianati mereka secara terang - terangan.

IRONIKnya, apabila timbul khabar angin mengatakan yang PKR mahu melaksanakan agenda Langkah Kajang 2.0 baru - baru ini, PAS tetap menolak kemungkinan itu secara sembrono.

Sebaliknya, PAS membuat dakwaan kononnya khabar angin mengenai perlaksanaan agenda Langkah Kajang 2.0 itu adalah usaha pihak tertentu yang dengki terhadap kerjasama mereka dengan PKR.
“Pakatan Rakyat masih lagi wujud dan ini dibuktikan melalui sokongan dan kerjasama politik di Selangor dan Kelantan. Keadaan ini menyebabkan ada pihak yang iri hati lalu menimbulkan spekulasi seperti Langkah Rawang sebagai cubaan menghuru-harakan politik Selangor," kata Timbalan Presiden PAS dalam kenyataan di Facebook.
Soalnya, siapa pihak yang dengki dengan kerjasama diantara PAS dan PKR tu? Kenapa perkara itu masih cuba nak disembunyikan oleh PAS? Takut sangat ke mereka nak akui kebenaran?

Jika kita lihat sejak kebelakangan ini, PAS lebih banyak mengumpul musuh dari rakan sekutu. Bukan sahaja UMNO yang sama bangsa dan agama dengan mereka yang menjadi musuh.

Bahkan ada dikalangan ahli parti, didalam dan diluar yang menjadi musuh kepada PAS. Tak kurang juga permusuhan PAS dengan puak - puak DAPigs masih lagi berterusan sehingga hari ini.

Tak lupa juga permusuhan PAS dengan beberapa ahli PKR yang menentang gabungan kerjasama diantara mereka secara diam - diam. Jadi, siapa sebenarnya yang dengki dengan PAS?

Secara umumnya, semua orang pun tau bahawa diantara perencanaan agenda Langkah Kajang 2.0 itu juga adalah usaha untuk menyingkirkan PAS dari pentadbiran Rejim Pakatan di Selangor. Jadi, tak payah la PAS nak terus berlagak sombong dan menongkat langit!!!

(ARUL BAGI TAKLIMAT KEPADA MCA) MCA: Undang bos 1MDB bukan tanda restu

CELAH GELEGAR
(ARUL BAGI TAKLIMAT KEPADA MCA) MCA: Undang bos 1MDB bukan tanda restu

MCA menegaskan bahawa parti itu tidak menyokong 1MDB dengan mengundang Arul Kanda Kandasamy, presiden dan pengarah eksekutif syarikat syarikat terbeban hutang itu dalam acaranya hari ini.

“Kita tahu akar umbi parti ada banyak soalan berkaitan 1MDB untuk dibangkitkan.

“Saya harap mereka dapat jawapan melalui taklimat (Arul),” kata Timbalan Presiden MCA Wee Ka Siong ketika merasmikan forum berkaitan ekonomi Malaysia hari ini.

Arul diundang memberi taklimat berkaitan dana kekayaan negara Kementerian Kewangan dalam acara dianjurkan oleh bahagian pengajian politik MCA.

Wee melibat undangan terhadap Arul itu sebuah langkah pragmatik kerana membenarkan anggota MCA bertanya soalan tanpa had.

Sementara itu, Naib Presiden MCA Chew Mei Fun dalam ucapannya juga mempertahan undangan itu ketika berdepan kritikan media.

“Mereka tanya jika taklimat untuk anggota parti bersuara berkaitan 1MDB.

“Saya beritahu mereka, MCA bukan organ kerajaan, MCA bukan organ 1MDB, MCA adalah organ orang ramai.

“Usaha fahami masalah tidak bermaksud jadi jurucakap mereka,” kata Chew dalam ucapannya.

NIK ABDUH PULAK CUBA NAK 'COVER' MALU!!!

SEMUT HITAM
NIK ABDUH PULAK CUBA NAK 'COVER' MALU!!!
Nik Mohamad Abduh Nik Aziz tampil menjelaskan mengapa beliau tidak bersama-sama dengan majoriti ahli parlimen pembangkang lain yang mempamerkan plakad 'Mana RM2.6bilion?' sebagai sindiran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2016, Jumaat lalu.

Ketua Pemuda PAS Pusat itu berkata, beliau tidak perlu menunjukkan kebersamaan seperti pihak lain kerana beliau tetap 'membantah dalam duduk'. 
"Ramai desak saya, mengapa tak turut bangun tanya 'Mana 2.6B?'. Saya jawab, kerana semua di hadapan saya bangun berdiri puji PM sambil angkat buku bajet."Saya pun duduk, protes 'bajet panadol' yang takkan berjaya. Saya protes BN dalam duduk, berdiri dan dalam rebah pun. Saya tak perlu bersama atau sama dengan sesiapa untuk menentang pengkhianat. Saya hanya perlu bersama rakyat selepas Allah," katanya dalam posting di laman Facebook. 
Beliau tampil menjelaskan perkara berkenaan selepas ramai pihak mempersoalkan mengapa beliau tidak turut sama berbuat demikian. 

Selain beliau, Ahli Parlimen Temerloh yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan juga dilihat hanya duduk tanpa bersama-sama bangun mempamerkan plakad berkenaan.

Pada Jumaat lalu, ahli parlimen pembangkang majoritinya terdiri daripada DAP, PKR dan Amanah bangun mempamerkan plakad 'Mana RM2.6 bilion?' sebaik saja Najib selesai membentangkan Bajet 2016. 

Dilaporkan hanya dua ahli parlimen PAS yang turut sama berbuat demikian iaitu Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena) dan Siti Zailah Yusoff (Rantau Panjang). Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak ada dalam Dewan Rakyat ketika bajet itu dibentangkan.

PS: Suka hati engkau la Labu! Pokok pangkalnya, orang nampak yang dia tak berdiri sewaktu orang lain bangun dan protes. Bagi la alasan macam mana sekali pun. Kalau dah Songeh tu, Songeh la jugak!!!

Duit PR1M buat tukar tayar kereta

CELAH GELEGAR
Duit PR1M buat tukar tayar kereta


PUTRAJAYA – “Saya harap sangat menang peraduan PR1M ni sebab nak tukar tayar kereta baru, tak sangka akhirnya menang juga selepas berusaha hantar penyertaan sejak Julai lalu,” kata pemenang PR1M bagi siri 6 Oktober, Betty Anak Agan @Lagan.

Ibu kepada seorang anak itu berkata, dia menganggap kemenangannya rezeki anak kedua yang kini baru berusia dua bulan dalam kandungan.

Menurutnya, hatinya mula terdetik menyertai peraduan selepas melihat iklan di laman sesawang Sinar Harian.

Katanya, dia semakin teruja apabila melihat ramai yang memenangi peraduan yang menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 setiap hari itu.

Kerani di pejabat Kementerian Kesihatan berusia 37 tahun itu berkata, semangatnya lebih membuak-buak apabila melihat peserta dari jauh boleh memenangi peraduan tersebut.

“Rasanya dekat 50 kali saya hantar borang melalui pos laju, memang tak putus asa, waktu hujan pun saya gagahkan diri pergi poskan penyertaan,” katanya ketika ditemui di Presint 11, di sini.

Kata Betty, usahanya tidak sia-sia apabila diberitahu sebagai pemenang.

“Seronoknya rasa bila dihubungi pihak Sinar Harian, dengan duit kemenangan ini bolehlah digunakan untuk beli tiket penerbangan balik kampung ke Bintulu, Sarawak sempena sambutan Krismas hujung tahun ini,” katanya.

Betty berkata, selepas ini dia akan mencuba lagi nasib namun kali ini menggunakan nama suaminya pula. - SH

p/s: ingatkan duit BR1M, ceh!

Saturday, October 24, 2015

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Zuhdi: 'Parlimen kanak-kanak' pun tak angkat plakad

CELAH GELEGAR
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Zuhdi: 'Parlimen kanak-kanak' pun tak angkat plakad

Pemimpin PAS menyindir rakan pembangkang parti itu bertindak melebihi kanak-kanak apabila mempamerkan plakad “mana 2.6 bilion?” selepas belanjawan 2016 dibentangkan.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki mengaitkan langkah itu dengan rancangan ‘mini parlimen’ pada tahun 1970-an yang dikendalikan oleh Allahyarham Jamal Muhamad atau lebih dikenali sebagai Pak Cik Jamal.

“Sekitar akhir 1970-an dan awal 1980-an, ada satu rancangan kanak-kanak yang dikendalikan oleh Pak Cik Jamal, iaitu Parlimen Kanak-kanak.

“Seingat saya tiada kanak-kanak yang menjadi ‘ahli parlimen’ dalam rancangan itu bertindak angkat plakad seperti sebahagian ahli parlimen pembangkang semalam,” katanya melalui tulisan di Facebook.

Jumaat lalu, tulisan ‘mana 2.6 bilion’ itu dipamer selepas Najib selesai membentangkan belanjawan 90 minit, yang dikira ringkas berbanding sebelum-sebelum ini.

Bagaimanapun, berdasarkan gambar dikongsi di Internet, kelihatan beberapa ahli parlimen daripada PAS tidak mengangkat plakad itu, termasuk Nik Abduh Nik Aziz (Pasir Mas) dan Nasrudin Hassan (Temerloh).

Pendirian PAS jelas

Sementara itu Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari (gambar) berkata, langkah PAS tidak mengangkat plakad di parlimen bukan bermaksud mereka menyokong kemasukan RM2.6 bilion ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak.

Sebaliknya, katanya PAS sudah membuat pelbagai kempen membantah isu kemasukan dana itu selain menyatakan pandirian jelas dalam isu itu.
“Jadi kalau setakat tak angkat plakad dalam parlimen pun terus di label sebagai penyokong RM2.6 bilion, nampak agak keterlaluan lah saudara.

“Cari-carilah modal lain kalau nak hentam PAS pun,” tulisnya di Facebook.

Isu dana itu pada mulanya didedahkan oleh akhbar kewangan antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan dana itu sebagai "derma".
Najib menafikan sebarang salah saku dalam isu itu. -MK

BILA MAHFUZ BEAN CERITA PASAL "HARUMANIS"!!!

SEMUT HITAM
BILA MAHFUZ BEAN CERITA PASAL "HARUMANIS"!!!
Hahaha!!! Apa punya taraf mentaliti yang dimiliki oleh puak - puak Pencacai Pengkhianat ni pun tak tau la. Ada ke buah Mangga Harumanis tu yang nak dibuatkan perumpaan dengan PAS?

Nak pulak bila kisah mengenai buah Mangga Harumanis tu disampaikan oleh Si Mahfuz Bean dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini. Si Mahfuz Bean ni memang selalu fikir pasal makan je.

Dalam satu artikel yang disiarkan melalui beberapa laman blog Pro Pengkhianat tu semalam, katanya Si Mahfuz Bean ni mengakui yang dia sama macam buah Mangga Harumanis tu.
"Saya Harum Manis," katanya kepada rakan-rakanya dalam Amanah apabila ditanya apakah sikap sebenar beliau. 
"Harum manis ni, hijau di luar, oren di dalam," katanya lagi. Hijau merupakan warna rasmi parti bagi PAS manakala oren pula warna rasmi Amanah. 
Dari kenyataan yang dibuat, nampak sangat la perangai Si Mahfuz Bean ni lagi teruk dari puak - puak Pengkhianat tu. Dia telah membuktikan bahawa dia seorang "Duri Dalam Daging".

Dari satu sudut lain, perumpamaan mengenai buah Mangga Harumanis itu juga memberikan gambaran kononnya rakyat hanya makan isi dalam buah tersebut yang berwarna 'Oren'.

Manakala kulit buah yang berwarna 'Hijau' tu pulak akan dibuang ke dalam tong sampah sebab tak de orang Gila yang nak makan kulit warna 'Hijau' tu. Nampak tak cubaan yang dilakukan?

Kiranya diorang nak beri perumpamaan, rakyat boleh menerima kewujudan puak - puak Pengkhianat yang berwarna 'Oren' tu dan akan membuang PAS sama seperti mereka membuang kulit 'Hijau'.

Lebih kurang macam tu la yang diorang cuba jelaskan. Tapi dalam masa yang sama, diorang tak sedar. Isi warna 'Oren' tu, kalau dimakan pun tetap akan menjadi 'TAIK' berwarna 'Coklat' jugak akhirnya.

Lebih buruk ialah apabila TAIK tu keluar, warnanya hitam sama seperti warna Pengkhianatan yang telah dilakukan selama ini terhadap PAS. Jadi, jangan bangga sangat la dengan warna 'Oren' tu, sebab akhirnya kalau dimakan akan jadi TAIK juga!!!

BILA "KURANG KASIH SAYANG", MACAM TU LA JADINYA!!!

SEMUT HITAM
BILA "KURANG KASIH SAYANG", MACAM TU LA JADINYA!!!
Adakah Si Wan Azizah ni benar-benar bodoh atau pun buat-buat bodoh sehingga membuatkan dia mempersoalkan kenaikan kecil Bantuan Rakyat 1Malaysia atas alasan hasil kutipan daripada cukai barang dan perkhidmatan (GST) bernilai RM39 bilion?

Mustahil Wan Azizah selaku Ketua Pembangkang tidak tahu bahawa hasil kutipan cukai GST itu bukan hanya untuk digunakan bagi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia semata-mata. 

Adakah kita terlalu memandang tinggi terhadap tahap pemikiran beliau? Atau adakah beliau sebenarnya terlalu tidak layak untuk memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang?

Bajet 2016 baru sahaja dibentangkan oleh Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak petang tadi. Jumlah BR1M untuk tahun 2016 akan dinaikkan seperti berikut:
Pertama: Satu kategori baru diperkenalkan bagi semua penerima di dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan di bawah 1,000 ringgit, akan menerima BR1M sebanyak 1,050 ringgit;Kedua: Bagi isi rumah berpendapatan bulanan 3 ribu ringgit ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada 950 ringgit kepada seribu ringgit;Ketiga: Bagi isi rumah berpendapatan antara 3,001 hingga 4 ribu ringgit, pemberian BR1M ditingkatkan daripada 750 ringgit kepada 800 ringgit;Keempat: Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak seribu ringgit akan diteruskan; danKelima: Bagi kategori individu bujang pula, yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta berpendapatan tidak melebihi 2 ribu ringgit sebulan, kadar bantuan akan ditingkatkan daripada 350 ringgit kepada 400 ringgit.
Gambaran yang diberikan oleh Wan Azizah, seolah-olah keseluruhan kutipan perlaksanaan GST yang dibuat oleh pihak Kerajaan perlu digunakan sepenuhnya untuk pembayaran BR1M semata-mata. 

Beliau berpendapat jumlah BR1M sepatutnya RM1300. Kononnya kalau dibandingkan dengan BR1M yang diberikan RM1000 untuk satu keluarga maka akan kekurangan apa yang dibagi balik, kurang daripada apa yang diambil daripada GST.

Kalau itu benar-benar pendapat beliau maka tahap pemikiran Ketua Pembangkang ini dilihat sebagai terlalu singkat dan tidak mencerminkan kredibiliti pembangkang yang mampu menyumbang walaupun sedikit untuk negara.

Namun kita tahu bahawa kenyataan beliau itu sebenarnya dilihat sebagai cara halus untuk menghasut rakyat agar marah terhadap kerajaan dengan menuntut jumlah yang lebih besar.

Selama ini pembangkang sering menghasut rakyat dengan menabur persepsi-persepsi yang agak tidak masuk akal seperti janji-janji mereka untuk menghapuskan semua tol dalam negara kita sedangkan tol dalam negeri di bawah pentadbiran mereka sendiri pun masih rancak dikutip malahan turut sama mengalami kenaikan kadar tol. - TV14

PS: Pokok pangkalnya, Si Wan Azizah tu hanya sekadar cuba nak tutup kemaluan diri dia sendiri dengan menampilkan alasan bertaraf Longkang seperti itu.

Sehingga hari ini, kita masih lagi menunggu tindakan dari Rejim Pakatan di Selangor untuk menurunkan kadar tol bagi syarikat konsesi yang mereka miliki.

Tapi hakikatnya, penantian kita tu hanya akan menjadi satu penyeksaan kerana masih belum ada sebarang tindakan yang dilakukan. Rejim Pakatan yang diketuai oleh Si MB Cap Ayam tu setakat pandai bercakap je!!!

Bajet 2016 TIADA FAKTOR "WOW""Biasa-Biasa Saja" – Pakar Ekonomi

CELAH GELEGAR
Bajet 2016 TIADA FAKTOR "WOW""Biasa-Biasa Saja" – Pakar Ekonomi

PETALING JAYA: Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri pada Jumaat disifatkan adil kerana peruntukan dan bantuan masih disalurkan kepada rakyat walaupun dalam persekitaran ekonomi yang tidak menentu.

Bagaimanapun, ia dilihat sebagai belanjawan yang tiada faktor "wow", sebaliknya hanya pembentangan yang "biasa-biasa saja", sesuai dengan situasi semasa negara dan dunia ketika ini.

Penganalisis ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Baayah Baba berkata, walaupun ketidaktentuan ekonomi global, namun kerajaan mampu menangani dengan begitu berkesan tanpa meminggirkan rakyat.

“Contohnya, terdapat penurunan harga minyak dan dijangka kekal rendah, di mana ia memberi kesan kepada sumbangan Petronas untuk negara sehingga menyaksikan penyusutan pendapatan kerajaan.

“Tapi lihatlah tiada penurunan dalam sebarang peruntukan Bajet 2016. Masih ada peruntukan, masih ada bantuan untuk rakyat. Ini bertepatan dengan tema ‘Mensejahterakan Kehidupan Rakyat’,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2016 di Parlimen pada Jumaat berkata, sebanyak RM267.2 bilion diperuntukkan berbanding RM260.7 bilion.

Menurut Baayah, Bajet 2016 tidak menumpukan golongan sasaran berpendapatan rendah kerana turut tidak meminggirkan mereka berpendapatan sederhana.

“Golongan berpendapatan sederhana ini memberi banyak sumbangan kepada pendapatan negara, dan mereka tidak menerima bantuan sebagaimana golongan berpendapatan rendah seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia).

“Tetapi bajet kali ini memberikan pengurangan cukai yang lebih baik kepada golongan berpendapatan pertengahan atau M40. Had pelepasan cukai yang dinaikkan. sekali gus memberikan gaji bersih yang lebih tinggi kepada mereka,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, tiada faktor ‘wow’ yang benar-benar menarik perhatian rakyat berikutan jumlah bagi segelintir atau peruntukan adalah kecil.

“Contohnya macam BR1M, kita lihat sebelum-sebelum ini kenaikan agak tinggi berbanding dalam bajet kali ini. Naik pun hanya RM50 sahaja.

“Kebanyakan dalam Bajet 2016 tak ada benar-benar boleh menarik perhatian. Peruntukan dan bantuan memang ada tetapi tak ada faktor "wow", "biasa-biasa saja",” kata Dr Baayah sambil menambah bahawa BR1M yang diperkenalkan pada 2012 merupakan antara faktor paling menarik diperkenalkan kerajaan untuk membantu rakyat menampung kos sara hidup.

Bagaimanapun beliau berkata, keadaan ekonomi dan cabaran globalisasi pada masa ini sedikit-sebanyak menjadi punca kepada ‘tarikan’ dalam Bajet 2016.

Bajet 2016 menggariskan lima tunjang utama iaitu memperteguh ketahanan ekonomi negara, meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau, mempersiaga modal insan, memperkasa agenda bumiputera dan meringankan kos sara hidup rakyat.

DAH LA NYANYUK, PEKAK PULAK!!!

SEMUT HITAM
DAH LA NYANYUK, PEKAK PULAK!!!
Dek kerana malam ni malam minggu, jadi kita cerita santai je la ek. Buat penat je kalau kita nak berat - beratkan kepada memikirkan pasal Si Nenek Kipas yang dah lama Menopause ni.

Semalam, dek kerana dia nak cover kemaluan dia kerana ditegur dan diucap 'Terima Kasih' membuatkan Si Nenek Kipas tu meroyan tak tentu arah macam orang nyanyuk yang hilang akal.

Tapi siapa sangka. Rupanya, ada kisah disebalik Si Nenek Kipas tu meroyan kerana diberikan ucapan 'Terima Kasih' kerana menghargai usaha Kerajaan melaksanakan GST dan pemberian BR1M.

Ceritanya didedahkan oleh rakan media dan turut disiarkan didalam blog The Antics of Husin Lempoyang. Ceritanya memang mengejutkan dan dalam masa yang sama, kelakar pun ada juga.
Semalam beberapa wartawan bertanya, "Kak Wan what do you think PM Najib's announcement on making the Pan Borneo bebas tol?"

She answered: "Tu laa saya tak pernah dengar pulak sebelum ni nak naik train kena toll!"

Kemudian reporter beritahu, "Bukan train la ... Kak Wan. Pan Borneo tu highway untuk Sarawak dan Sabah nuhh."

Cepat-cepat Kak Wan cover. Dia cakap itu hanya satu inisiatif untuk pancing undi orang Sarawak.

Salah seorang wartawan berbisik kepada rakannya bahawa dia yakin Kak Wan pekak dan nyanyuk. Entah apa yang dia dengar dari ucapan bajet di Parlimen.


Rakannya tegur, "Kau kena paham... Orang kurang kasih sayang memang macam tu ... maafkanlah saja dia tu."
Huh! Mujur la Si Nenek Kipas tu anggap 'Pan Borneo' tu sebagai sebuah keretapi (Tren). Kalau tanya pada Si Mahfuz Bean, dah tentu - tentu dia akan ingat Pan Borneo tu sejenis makanan. Sebab Si Mahfuz Bean tu dok selalu kaji ke perut dia je!!! Janji perut dia kenyang!!!

[VIDEO] BICARA MINDA MUHYIDDIN: Berani Kerana Benar, Semua Tidak Setuju Tindakan Najib Tapi Takut Bersuara Takut Hilang Jawatan

CELAH GELEGAR
[VIDEO] BICARA MINDA MUHYIDDIN: Berani Kerana Benar, Semua Tidak Setuju Tindakan Najib Tapi Takut Bersuara Takut Hilang Jawatan

JOHOR BAHRU - Sikap segelintir pemimpin Umno yang sanggup mendiamkan diri meskipun mengetahui kebenaran kerana menjaga kepentingan dibidas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam nada keras, Muhyiddin berkata, ketika keadaan negara kelam kabut di waktu ini, hanya beliau sahaja yang berani bersuara untuk memperbetulkan keadaan.

"Hanya saya seorang bersuara yang lain buat apa.

"Saudara semua pengecut, takut kena pecat sebagai ketua cawangan, ketua bahagian dan ada juga wakil rakyat.

"Semua orang amat takut untuk bersuara walaupun keadaan negara dalam situasi begini tetapi tak mahu buat apa-apa. Orang luar tanya saya apa sudah jadi,"
katanya pada program Bicara Minda; 'Berani Kerana Benar' anjuran Sinar Harian, di sini, hari ini.

Muhyiddin yang digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri seterusnya menggesa pemimpin-pemimpin Umno dan kerajaan supaya bersikap lebih berani seperti pesan Nabi Muhammad SAW supaya umatnya agar mengambil tindakan jika melihat perkara yang mungkar.

"Ketika dalam kerajaan saya gunakan kuasa untuk nasihat dan beri pandangan tapi langsung tak diambil kira. Macam bodoh sangat Timbalan Perdana Menteri ni.

"Saya bersuara bukan untuk jatuhkan parti. Saya hanya berkata benar kerana bimbang tentang masa depan negara,"
katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau mengakui tidak pernah menyesal dalam menggerakkan perubahan kuasa antara bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Umno Bahagian Pagoh itu berkata, pada ketika itu beliau mengambil keputusan menggesa Najib menandingi jawatan Presiden Umno kerana melihat kepada kredibiliti dan kelayakannya sebagai pemimpin.

"Saya tidak benci kepada Pak Lah tetapi saya fikir pada ketika itu tindakan perlu diambil bagi memastikan kedudukan Umno dalam pilihan raya dan saya beritahu pada Najib supaya dia bertanding jawatan Presiden.

"Saya tidak pernah menggugat kedudukan beliau (Najib) malah tidak pernah menentang beliau termasuk dalam isu GST dan BR1M. Jadi jangan persoalkan kesetiaan saya,"
katanya.

 

MAK LAMPIR DAKWA, LANGKAH KAJANG 2.0 MENJENGKELKAN!!!

SEMUT HITAM
MAK LAMPIR DAKWA, LANGKAH KAJANG 2.0 MENJENGKELKAN!!!
Hahaha!!! Nampak sangat yang Si Mak Lampir ni sendiri pun dah hilang akal bila ada dikalangan rakyat yang membuat dakwaan kononnya puak - puak PKR tu sedang mengatur agenda Langkah Kajang 2.0.

Dalam kenyataan penafian yang dibuat hari ini, Si Mak Lampir tu mendakwa kononnya perlaksanaan agenda Langkah Kajang 2.0 tu hanya sekadar satu tindakan yang menjengkelkan.

Sambil menafikannya, Si Mak Lampir tu juga turut menegaskan bahawa kemasukkan Si Saifuddin tu dalam PKR adalah bagi mengukuhkan parti. Bukannya untuk memecah belahkannya.
“Kami yakin kemasukan Saifuddin ke dalam PKR bukan untuk memecahbelahkan parti, tetapi untuk pengukuhan, kerana kepercayaan beliau terhadap perjuangan parti ini. Ini jelas, kepercayaan Saifuddin terhadap Umno sudah tiada.
“Kami berharap cybertrooper Umno berhenti membuang masa rakyat dengan gosip murahan ini dan melihat kepada keadaan yang lebih serius, terutamanya ekonomi negara,” katanya.
Itu kata Si Mak Lampir tu bila ada pihak mendakwa yang puak - puak Pakatan Haprak tu sedang mengatur Langkah Kajang 2.0 seperti yang telah digembar gemburkan dalam laman media sosial sebelum ini.

Dari apa yang didedahkan sebelum ini, agenda perlaksanaan Langkah Kajang 2.0 tu adalah untuk menggantikan Si Menteri Besar Cap Ayam tu dengan Si Saifuddin yang baru menyertai PKR.

Selain itu, agenda perlaksanaan Langkah Kajang 2.0 itu juga direncana untuk menyingkirkan PAS dari pentadbiran Rejim Pakatan di Selangor tu atas desakan puak - puak DAPigs.

Hakikatnya, penafian yang dibuat oleh Si Mak Lampir tu memang sesuatu yang sudah kita jangka kerana perancangannya awalnya telah bocor dan diketahui oleh semua pihak. Sebab itu dia menafikannya.

Lagi pun, semua orang pun tau yang Si Mak Lampir tu diantara penyokong kuat Si Menteri Besar Cap Ayam tu selama hari ini. Jadi, tak heran la kalau dia meroyan setiap kali ada orang yang desak supaya Si Menteri Besar Cap Ayam tu digugurkan!!!

GEMPAR!!! PKR NAK BUAT LANGKAH KAJANG 2.0???

SEMUT HITAM
GEMPAR!!! PKR NAK BUAT LANGKAH KAJANG 2.0???
Huh! Kalau bab nak mengabihkan duit dan masa rakyat, memang puak - puak PKR tu la yang paling hebat setakat hari ini. Benda yang tak masuk akal jugak yang suka dibuat dek puak - puak Haramjadah ni.

Dengar - dengar cerita dari beberapa orang rakan blogger, puak - puak PKR di Selangor tu akan melaksanakan satu lagi agenda Gila Babi seperti 'Langkah Kajang' yang dilakukan sebelum ini.

Katanya, ada seorang wakil rakyat PKR yang akan letak jawatan dan mengosongkan kerusi dia untuk memberikan laluan supaya satu lagi Pilihan Raya Kecil diadakan dalam masa terdekat.

Dan apa yang lebih menggemparkan, calon yang disebut - sebut bakal bertanding dalam Langkah Kajang 2.0 kali ini ialah Si Saifuddin, bekas Pak Timbalan Menteri yang baru masuk parti tu.

Kalau ikut kata blogger The Flying Kick, agenda Langkah Kajang 2.0 kali ini juga adalah untuk menggantikan Si Menteri Besar Cap Ayam tu dengan Si Saifuddin yang dianggap 'Santo' dalam PKR.

Perlaksanaan agenda Langkah Kajang 2.0 kali ini juga katanya adalah bagi menutup kemaluan Si Rafizi yang ternyata GAGAL dalam perlaksanaan agenda Langkah Kajang sebelum ini.

Selain itu, sumber juga turut mendedahkan perlaksanaan agenda Langkah Kajang 2.0 ni katanya adalah untuk menyingkirkan puak - puak PAS dari pentadbiran Rejim Pakatan tu di Selangor.

Ianya dirancang atas desakan dan tekanan berat yang diberikan terhadap PKR oleh puak - puak DAPigs serta Pengkhianat Amanah Negara (PAN) yang ghairah mahu PAS dibuang dari Selangor.

Tindakan itu katanya ekoran keengganan Si Menteri Besar Cap Ayam tu mengiktiraf Pakatan Harapan yang telah diumumkan sebelum ini dan masih mengharapkan sokongan dari puak - puak PAS.

Secara umumnya, semua orang tahu bahawa Si Menteri Besar Cap Ayam tu memang bergantung harap kepada sokongan puak - puak PAS untuk memastikan dia terus kekal berkuasa.

Sama ada khabar angin dan desas desus mengenai perlaksanaan agenda Langkah Kajang 2.0 ni betul atau tidak, ianya masih belum dapat dipastikan. Pokok pangkalnya, dalam PKR sekarang ni memang wujud dua kumpulan yang tak sehaluan dengan pucuk pimpinan!!!

Friday, October 23, 2015

[GEMPAR HARI INI] 13 cawangan Umno tuntut Najib undur

CELAH GELEGAR
[GEMPAR HARI INI] 13 cawangan Umno tuntut Najib undur

Tiga belas ketua Umno cawangan dari Telok Kemang, Negeri Sembilan hari ini mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan menggesa beliau meletakkan jawatan sebagai presiden bagi memulihkan kredibiliti parti itu sebelum pilihan raya umum akan datang.

Di bawah pimpinan ketua Umno cawangan dari Taman TKK, Kamarul Aznan Habibur Rahman, mereka berkata, tiba masanya parti itu melakukan perubahan dan ia perlu bermula daripada presiden, Najib yang juga perdana menteri.

"Kami berpendapat, adalah lebih baik presiden berundur untuk membolehkan Umno tidak menjadi mangsa keadaan dan dihukum pengundi pada pilihan raya yang akan datang.

"Kebimbangan utama kami ialah, kita perlu mempunyai pemimpin yang kuat untuk mengemudi Umno pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Kami tak yakin apa yang ada sekarang akan beri perkembangan positif dalam PRU akan datang," kata Kamarul pada satu sidang media di Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini. Malaysia dijangka menghadapi PRU14 pada pertengahan 2018.


Tiga belas cawangan Umno itu ialah dari Kampung Linggi, Taman Selasih, Taman PD Utama, Taman Dato' Abdul Samad, Sua Betong, Kampung Teluk, Sungai Sekawang, Bukit Tembok, Taman Intan Duyung, Taman TKK, Kampung Pachitan, Bunga Raya dan Taman Poli.

Kamarul berkata, pemimpin cawangan itu tidak takut sekiranya sebarang tindakan diambil terhadap mereka kerana mereka di peringkat akar umbi yang meletakkan kepimpinan parti di kedudukan mereka sekarang.

"Kita perlu mengamalkan budaya yang parti itu lebih penting daripada individu dan dalam keadaan sekarang, parti itu lebih penting daripada presiden parti," katanya.

Beliau turut mengkategorikan ahli Umno sebagai terdiri daripada 3 jenis.

"Pertama, mereka yang senyap dan tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Kedua, mereka yang mendiamkan diri dan berjuang untuk perkara yang salah dan menjadi kaya.

"Dan ketiga, mereka yang berjuang untuk kebenaran dan tidak berakhir di mana-mana, seperti kami," katanya sambil menambah cawangan Umno lain di seluruh negara juga harus menyuarakan pandangan mereka.

Ditanya siapa yang mereka fikirkan sesuai menggantikan Najib sebagai presiden parti, Kamarul berkata mereka lebih suka jika tradisi dalam Umno dikekalkan, dengan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin meneruskan kepimpinan.

"Jika presiden ada masalah sekarang, dia perlu berundur dan pemimpin nombor dua mengambil alih. Kami tiada masalah dengan timbalan presiden," katanya.

Bagaimanapun, Kamarul berkata, tiada jaminan Umno akan menjadi lebih kuat walaupun Najib meletak jawatan.

Najib ketika ini menerima tekanan dari puak Umno yang tertentu kerana cara beliau mengendalikan kontroversi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan tindakan beliau memecat Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri Julai lalu.

Pemecatan Muhyiddin, orang kuat parti di Johor, walaupun kekal sebagai orang nombor dua Umno, menyebabkan beberapa pemimpin akar umbi di negeri itu meletak jawatan sebagai tanda protes.

Pada 12 Oktober, Muhyiddin dan beberapa pemimpin kanan Umno dan Barisan Nasional menyertai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengecam cara Putrajaya menangani pengkritik 1MDB dan menimbulkan kebimbangan berhubung keadaan dalam negara.

Di Parlimen, pembangkang mengemukakan usul mencadangkan undi tidak percaya terhadap Najib sebagai perdana menteri, ketika turut timbul ura-ura yang mereka akan mengundi untuk menolak Bajet 2016 yang dibentangkan beliau semalam dalam usaha menggulingkannya. – 24 Oktober, 2015.TMI

[GEMPAR HARI INI] 14 cawangan Umno tuntut Najib undur

CELAH GELEGAR
[GEMPAR HARI INI] 14 cawangan Umno tuntut Najib undur

14 cawangan Umno bahagian Teluk Kemang, Negeri Sembilan hari ini menggesa supaya Presidennya Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Ketua Cawangan Taman TKK, Kamarul Azman Habibur Rahman yang mengetuai kumpulan itu berkata, pengunduran Najib perlu dibuat segera bagi memastikan Umno tidak menjadi mangsa keadaan oleh pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Kamarul Azman Habibur berkata, sebagai pemimpin akar umbi beliau tidak berniat untuk menghukum presiden parti berhubung isu yang melanda negara ketika ini.

Namun, katanya, pengunduran Najib perlu dilakukan bagi memastikan Umno tidak menjadi mangsa keadaan oleh pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita sentiasa mendoakan yang terbaik untuk presiden parti tetapi dalam masa yang begitu singkat untuk kita menghadapi pilihan raya yang akan datang, ini bukanlah masa untuk bersifat sentimental.

"Umno kini dilihat sebagai parti yang tidak berjaya menyelesaikan masalahnya sendiri.

"Kami bimbang dengan penyingkiran pemimpin tertentu akan menambah masalah sedia ada," katanya dalam sidang media di Teluk Kemang hari ini.

KERANA "TERIMA KASIH", WAN AZIZAH MERACAU LAGI!!!

SEMUT HITAM
KERANA "TERIMA KASIH", WAN AZIZAH MERACAU LAGI!!!
Hehehe!!! Memang sebijik macam orang kena sampuk dah Si Wan Azizah ni. Meroyan betul dia bila ditegur dalam sidang Parlimen semalam sewaktu YAB Perdana Menteri ucap 'Terima Kasih'.

Entah apa yang dia rasa sakit hati sangat sampai tahap meroyan tak tentu arah macam orang hilang akal ni pun tak tau la. Orang ucap 'Terima Kasih' pun boleh buat Si Wan Azizah tu bengkak?


Walhal orang ucapan 'Terima Kasih' tu sebagai tanda penghargaan kerana dia mengiktiraf perlaksanaan GST dan juga pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia yang dibuat oleh pihak Kerajaan.

Soalnya, jika dia dan juga puak - puak Pakatan Haprak tu tak mengiktiraf pelaksanaan GST dan juga pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia tu, kenapa ianya masih dikekalkan dalam Belanjawan diorang?

Sepatutnya, kalau diorang rasa perlaksanaan GST dan juga pemberian BR1M tu tak bagus, awal - awal lagi diorang dah buang dua benda tu. Tapi sebaliknya, kenapa diorang tetap serap masuk jugak?

Itu yang menjadi tanda tanya dikalangan rakyat. Dan tak mustahil sekiranya perkara itu yang membuatkan Si Wan Azizah tu dilihat serba tak kena bila ianya diajukan oleh pihak media.

Lebih kurang sama jugak la dengan soalan yang diajukan kepada dia mengenai Misteri Kehilangan Jam Omega sebelum ini. Mula - mula jumpa dengan media, dia kata jam tu ada kat rumah.

Tapi bila pihak media serbu ke rumah dia dan tanya dimana jam tersebut, mula la dia meroyan tak tentu arah. Seolah - olah soalan mengenai kehilangan Jam Omega tu tak boleh ditanya lansung.

Mungkin perkara yang sama jugak la yang membuatkan Si Wan Azizah tu dilihat meracau macam orang kena sampuk bila diberikan ucapan "Terima Kasih". Lepas ni, ingat ye. Jangan ucap 'Terima Kasih' dah pada dia. Takut nanti dia masuk wad sakit jiwa pulak!!!