SEMUT HITAM
BLOGGER SONGEH KANTOI FITNAH TPM!!!
Seorang blogger Pro Pakatan telah mengeluarkan entri blognya yang mempersoalkan masa lawatan rasmi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Indonesia yang sama dengan majlis perkahwinan anak lelakinya.
Blogger berkenaan berkata, tindakan memadam posting dilaman blog tersebut terpaksa dibuat selepas menerima e-mel daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Katanya artikel yang disiarkan pada 20 September itu menyebabkan dia diminta memberikan keterangan atau penjelasan kepada SKMM berikutan adanya aduan yang diterima agensi terbabit berkaitan tulisannya.
"Malam tadi pada jam 10.29 malam, saya telah menerima email daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM berkaitan siasatan mereka terhadap tulisan di blog ini yang bertajuk "Kenapa lawatan rasmi Zahid ke Indonesia sama tarikh dengan majlis sanding anaknya di Jakarta?."Sebagai warganegara Malaysia yang baik hati, saya dengan ini telah pun memadam atau mengeluarkan artikel bertarikh 20 September 2015 itu daripada blog saya iaitu shahbudindotcom dengan serta merta sebagai menghormati saranan SKMM itu."Saya menerima seadanya saranan tersebut dan terima kasih kepada pembaca dan penjenguk blog ini yang banyak menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada saya," tulisnya dalam entri terbaru di blognya, Sabtu.Bagaimanapun, blogger tersebut berkata, dia tetap akan terus menulis seperti biasa berdasarkan gerak hati dan apa yang dirasakan betul untuk diketengahkan, termasuk menabur fitnah sekali pun.
Apa yang pasti, blogger puak - puak Pakatan Haramjadah ni hanya suka buat cerita berdasarkan sentimen yang bersifat partisan selain dari bertindak mengikut akal fikiran yang waras. Dalam erti kata mudahnya, diorang ni suka buat cerita guna Kepala Lutut!!!
No comments:
Post a Comment