SEMUT HITAM
HAH! KAN BETUL DIA TAK SETUJU!!!
Heh! Hari tu, bila kita kata yang Si Menteri Besar Cap Ayam tu tak berapa setuju dengan pembentukan Pakatan Haprak Baru tu, ramai yang tak percaya dan masih cuba nak menafikannya.
Walaupun Si Menteri Besar Cap Ayam tu hadir dalam rundingan meja bulat yang dibuat sebelum ini, tapi itu tidak semestinya dia juga turut bersetuju dengan pembentukan Pakatan tu tanpa PAS.
Hakikatnya, semua orang tau yang Si Menteri Besar Cap Ayam tu masih lagi mengharapkan sokongan dari kalangan puak - puak PAS agar dia dapat terus mengekalkan kuasa di Selangor.
Si Menteri Besar Cap Ayam tu sedar, jika PAS tidak menyokong dia untuk merampas jawatan tu dari Si Wan Azizah sebelum ini, belum tentu dia dapat merasa duduk ditampuk pemerintahan.
Dek kerana pendirian yang dibuat oleh Si Menteri Besar Cap Ayam tu yang menjadi persoalan dikalangan rakyat ketika ini. Nak pulak bagi mereka yang menjadi penyokong tegar PKR.
Perkara tu turut dibangkitkan oleh salah seorang blogger Pro PKR Pahang yang mempersoalkan kenapa Si Menteri Besar Cap Ayam tu tak seberani Si Tokong DAPigs Pulau Pinang.
“Isunya sekarang, setelah Pulau Pinang serta merta mengistiharkan Pulau Pinang kini adalah Kerajaan Pakatan Harapan. Itu bukti bahawa DAP amat serius dengan perbincangan dan berdisiplin dengan keputusan perbincangan. Soalnya sekarang, bagaimana dengan Selangor?” soalnya dalam blog tersebut pada Isnin.Blogger PKR tu juga turut mempertikaikan tindakan Si Menteri Besar Cap Ayam tu yang didakwa mengamalkan Politik Pengasingan di Selangor yang jelas membelakangi pendirian parti.
Malah dia juga turut mempersoalkan sama ada Si Menteri Besar Cap Ayam tu benar - benar mengikhtiraf pembentukan Pakatan Haprak Baru yang telah diumumkan sebelum ini atau pun tidak.
“Apa yang dipersoalkan sekarang adakah Azmin mengiktiraf Pakatan Harapan atau tidak? Jika iktiraf, apakah yang patut beliau lakukan? Jika tidak iktiraf, nyatakan sahaja bahawa kamu tidak iktiraf dan kita di dalam Pakatan Harapan boleh melakukan sesuatu agar Pakatan Harapan ini berfungsi di Selangor juga,”katanya.Heh! Nampak sangat la Macai Pakatan Haramjadah ni pun sama dungu macam Si Menteri Besar Cap Ayam tu. Dah nama pun parti PKR tu hanya sekadar nak menjaga kepentingan Politik Peribadi diorang sendiri. Jadi, Si Menteri Besar Cap Ayam tu pun sama la jugak!!!
No comments:
Post a Comment