Thursday, October 1, 2015

Memupuk Pemikiran Aras Tinggi Menggantikan Pemikiran Kelas 3 - warga prihatin

CELAH GELEGAR
Memupuk Pemikiran Aras Tinggi Menggantikan Pemikiran Kelas 3 - warga prihatin
MALAYSIA IS A COUNTRY WITH 'FIRST WORLD' INFRASTRUCTURE BUT 'THIRD WORLD' MENTALITY
Kami baru perasan artikel yang di’tag’ oleh saudara Ian Irfan yang tidak kami kenali ini setelah beberapa hari ia dipost. Terharu sekali membacanya.

Kami paparkan bukan kerana isinya memihak kepada RPWP, SN, mahupun chedet.cc, dll, tetapi kerana coretan beliau ini kami anggap amat matang, jauh lebih matang dari sesetengah warga emas yang berlagak macam orang muda. Tulisannya amat terkesan di jiwa. Kerana itu kami rasa ia amat perlu dipanjangkan untuk dibaca oleh kita semua.
Isi ulasan beliau ini amat bertepatan sekali dengan apa yang kami fikirkan selama ini. Ramai di antara kita yang masih lalai, tiada kesedaran dan tidak mengkaji betapa mentaliti bangsa ini sudah jatuh serendah-rendahnya sampai ke tahap sampah, baik yang muda mahupun yang tua.
Hari ini terlalu ramai ‘orang tua’ yang mungkin tidak sempat terdidik akhlaknya sehingga akhirnya gagal pula mendidik akhlak anak-anak mereka. Generasi ‘Y’ pula 'ramai' yang terus dibentuk akhlak BIADABnya oleh media sosial seawal mereka mula ‘celik mata’.
Etika menuntut ilmu / bertalaqqi, akhlak murid dengan guru, akhlak dengan Allah dan rasul langsung tidak pernah ditanam di jiwa generasi ini. Adab bertanya, menegur dan bermuzakarah langsung tiada. Kebiadaban mereka menjadi-jadi apabila mereka ini jahil. Hidup mereka tidak pernah merasa ‘terbimbing’ oleh sebarang murobbi yang pernah mereka hormati. Budaya meraikan perbezaan pendapat dan bertolak ansur tidak pernah diajar.
Kami tiada masa untuk melayan debat terbuka di ruang komen kerana itu bukan cara Islam. Tetapi kami mensyukuri berbincangan atau teguran tertutup. Itu lebih mirip kepada suasana syuro atau muzakarah yang lebih menepati syariah. Sering juga kami edit semula artikel kami hasil dari teguran itu.
Inbox Warga Prihatin dan SN penuh dengan berbagai maklumbalas dan pandangan. Kebanyakannya tidak mahu komen secara terbuka kerana bosan dengan terlalu banyak keyboard warior yang ‘menggila’ dengan komen macam orang sawan dan mabuk belaka. Sekarang ini, kita lihat begitu ramai pembaca yang gigih menegur kebiadaban cybertrooper yang sengaja ditaja dan keyboard warrior yang gila-gila di ruang komen. Akhlak dan ilmu pembaca yang menegur ini nampak berkualiti. Alhamdulillah, inilah tahap pemikiran pembaca yang kami cari.
Atas sebab itu juga kami memilih untuk membuang / menyekat seramai mungkin pembaca yang terlalu biadab dan rendah tahap pemikirannya. Tindakan ini juga memenuhi saranan ramai pembaca yang naik 'meluat' dengan perangai biadab dan tidak berakhlak keyboard warrior dan cybertrooper yang ditaja. Kehadiran mereka mengganggu keharmonian pembaca lain yang benar-benar inginkan perkongsian idea.
Lagipun, KEBANYAKANNYA ADALAH ‘FAKE ACCOUNT’ SEPERTI ROBOT atau BUDAK SEKOLAH YANG LIAR DAN TERKURANG AJAR. Kerana itulah mereka ini TIADA PERASAAN atau PERTIMBANGAN. Jika dibiarkan, maka mereka akan merosak imej bangsa dan agama, khususnya minda anak-anak kami yang juga turut membaca. Biarlah lalat-lalat yang sukar ditangkap ini berkerumun di bahan bacaan 'hanyir' di page lain, yang banyaknya menyajikan bahan berbentuk gossip murahan.
Biarlah kami dikata sombong sekalipun. Ini page kami, ini sajian kami dan ini jugalah pendirian kami. Tidak mengapalah jika orang begini yang akan mengatakan kami ego. Bagi kami, biarlah jumlah pembaca kami sedikit, asalkan page kami ini tidak terlalu semak dengan pengkomen yang kurang akal dan biadab. Kami bukan benci mereka, tetapi memilih untuk meninggalkan mereka ini ‘seketika’ untuk memberi ruang kepada pembaca lain yang benar-benar ingin berkongsi idea. Kelak nanti mereka akan sedar diri juga.
Ramai juga yang kami tersilap ‘banned’, khususnya apabila akaun mereka digunakan begitu banyak hackers untuk mempromosi iklan maksiat. Ada juga yang admin tersilap banned kerana terlalu rigidnya dengan arahan umum, iaitu membuang pembaca yang suka berdebat, mengejek-ngejek, mencarut dan menganjing peribadi penulis. Untuk itu, ramai yang menghantar mesej minta maaf dan mohon di’unban’ semula lalu kami penuhi permohonan mereka.
Page kami cuba sedaya upaya untuk menyajikan hanya bahan bacaan yang berunsur ilmiah sahaja. Walaupun ada kalanya kami juga jadikan isu semasa sebagai asbab penulisan atau pautan, namun seboleh-bolehnya ia turut disertai dengan ulasan ilmiah yang berunsurkan pendidikan dan dakwah.
Seboleh-bolehnya kami cuba elakkan dari membuang masa pembaca untuk jadi lagho dengan menyajikan bahan komik atau bacaan jajan (junk) yang sia-sia sepertimana habit sesetengah page lain yang sengaja dibuat hanya untuk meraih LIKE dan meramaikan FOLLOWER sahaja.
Sesuai dengan ulasan anak kami yang berusia 10 tahun ini.. "Dunia hari ini sudah Ramadh (panas), ibubapa tidak menjalankan tanggungjawabnya".
WARGA PRIHATIN
*******************************************
IAN IRFAN | September 28 at 9:09pm
Kalau buat blogger saya percaya tak ramai mindset orang Malaysia suka membaca kerana majoriti akan rasa membaca ini seolah-olah membuang masa, lalu jadilah kita orang Melayu yang sering layu melainkan kita punya kesedaran dan bangkit untuk membangunkan pengetahuan dalam diri sendiri demi kebaikan.
Posting yang bagus seperti chedet.cc ataupun Warga Prihatin pun orang tidak baca. Anak muda sekarang majoriti memang malas membaca. Jika mereka membaca pun itu tentang cinta/pernikahan. Tak pun bahan sarkastik, tengok bersipu-sipu likers di page-page yang sedia ada yang kita kenal.
Pemikiran orang muda sekarang untuk mengenal tulisan-tulisan orang lama yang berkarya dengan penuh jiwa - susah untuk diamati oleh bangsa sekarang. Mereka lebih mudah peka kepada something like hipster or apa-apalah yang trending menjadi ikutan, padahal orang luar sudah lama mengenal semua itu.
Bila terjadi 1 perkara di Malaysia, berlumba-lumba orang nak ikut seperti Dubmash. Sebelum Dubmash, Vine dulu diperkenalkan itupun orang luar dulu dah ada. Realiti orang Malaysia sekarang mudah terikut ikut dengan sebuah budaya yang dah lama diperkenalkan tapi orang Malaysia baru nak tahu.
Jikalau perkara baik diamati dan diamalkan tak apa, tapi tak malukah oh bangsaku, trending ikutan yang tidak membangunkan menjadi perkara yang diminati secara keseluruhan - yang bukan orang Islam amalkan pun. Kenapa Sunnah Sunnah Rasulullah kamu tak mahu ikut dan amalkan? Bukankah kita ini umat Nabi Muhammad S.A.W?
Lihatlah hakikatnya sekarang; amat menyedihkan.
Sebab itu Yahudi dah kata, kita ini orang Islam kelemahan utama datang dari sifat malas membaca dan malas mengenali sejarah Islam itu sendiri. Kalau ditanya di sebuah seminar, "Tahukah kalian sebenarnya ketika Rasulullah wafat beliau tidak menyebut Ummati Ummati Ummati?", lalu semua muka para hadirin terkejut dan terus ingin mencengkam.
Percayalah, setiap statement yang dikeluarkan oleh sesiapa sahaja - majoriti orang Malaysia lebih peka kepada unsur membangkang secara tidak berilmiah apabila sesuatu perkara itu didengari tidak logik, sensitif, dan sebagainya.
Bukan sebaliknya cuba dulu kaji selidik, "Benarkah kenyataan ini?", kemudian buat kajian terperinci, cari bahan rujukan atau sebagainya, tetapi HAKIKATNYA orang MALAYSIA KITA lebih suka MELETAKKAN PILIHAN...
- MENGECAM DAN KONDEM (DIUTAMAKAN)
Berbanding..
- PENYELIDIKAN SECARA TERPERINCI DAN BERSIKAP BERTAMADUN
Sebab itu Saiful Nang dikecam, sebab orang Malaysia lebih mengutamakan pilihan kondem dan menjadi 'keyboard warrior sejati' berbanding mengambil iktibar sesuatu yang baik, yang sebenarnya ingin disampaikan, tak semua tulisan itu berunsur tidak elok, saya masih ambil apa yang baik dan itu juga sumber maklumat yang saya perolehi.
Dan selepas orang Malaysia membaca posting saya ini, mereka akan melabelkan saya sebagai macai Saiful Nang, walhal saya hanya menyatakan pendapat peribadi apa yang berlaku sekarang, tetapi percayalah, di mana jua anda, apa jua anda tulis samada baik or sebaliknya, apa jua anda buat.. manusia tetap mengecam anda tidak kiralah di mana jua anda berada.
Inilah realiti rakyat Malaysia, rakyat mentaliti ke 3 sebagai mana diucapkan oleh Pak Lah bekas Perdana Menteri kita semasa beliau pertama kali berucap sebagai Perdana Menteri iaitu,
"Malaysia is a country with first-world infrastructure but third-world mentality."
Selepas contoh ini saya juga akan dilabel sebagai macai UMNO/BN.
Sekian.
HANG NANG

No comments:

Post a Comment