CELAH GELEGAR
[RAMESH BIADAP & CELAKA] Tun M perlu jalani pemeriksaan mental – Ramesh Rao
PETALING JAYA: Mantan Perdana Mneteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan mental setiap enam bulan sekali.
Saranan itu dibuat, Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao apabila mendakwa Dr Mahathir sudah gila setelah merestui perkara yang beliau sendiri menentang ketika menjadi Perdana Menteri.
Dakwaan itu juga merujuk kepada kelantangan Dr Mahathir mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Saya minta Tun Mahathir menjalani pemeriksaan mental dengan segera, saya rasa beliau sudah gila, dulu tak sokong demonstrasi sekarang sokong, dulu tak sokong media asing sekarang sokong, dulu tak sokong undi tidak percaya sekarang sokong, ini sudah membutikan dia sudah gila.
“Dia (Mahathir) perlukan rawatan segera, orang kata kalau umur sudah lebih 60 tahun kepala menjadi sasau.
“Minggu lepas dia kata bila Najib sampai keluar negara dia akan ditangkap, jadi ini kenyataan orang-orang gila, kepala tak betul, kenyataan pun dan tak waras,” katanya dalam sidang media pada Khamis.
Ramesh turut menyarankan pemimpin politik lain menjalani pemeriksaan mental ,kerana membuat kenyataan mengelirukan rakyat dan tidak masuk akal.
“Dulu Lim Kit Siang kata kerajaan BN perasuah, kalau dia waras kenapa tak pergi lapor kepada SPRM, orang yang bising tanpa bukti ini adalah orang kurang siuman.
“Macam Rafizi Ramli semalam beliau mengeluarkan kenyataan hutang 1MDB mampu menyelesaikan hutang PTPTN pelajar, apa kaitan hutang PTPTN dengan 1MDB, ini tak masuk akal.
“Kalau pemimpin politik di Malaysia ini waras mereka tidak keluarkan kenyataan yang tidak waras dan tidak tepat, baik pemimpin pembangkang atau Barisan Nasional,” katanya. -FMT
No comments:
Post a Comment