Thursday, October 15, 2015

[SEBARAN WHATSAPP PALSU] 1MDB: Tun M TIDAK BUAT laporan polis pagi Jumaat ESOK

CELAH GELEGAR
[SEBARAN WHATSAPP PALSU] 1MDB: Tun M TIDAK BUAT laporan polis pagi Jumaat ESOK

BANGI, Khamis – Dakwaan maklumat yang dihantar menerusi aplikasi Whatsapp berhubung satu laporan polis akan dibuat mengenai kes 1MDB oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama dua lagi pemimpin Umno esok adalah palsu.


Perkara tersebut disahkan oleh Pegawai Media Tun M, Sufi Mohd Yusof.

“Berita itu tidak benar,’ katanya dalam satu kenyataan dipetik daripada portal Free Malaysia Today.

Sementara itu, dua pemimpin Umno yang turut dikaitkan dalam berita palsu itu ialah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Muhyiddin menerusi kenyataan di akaun laman Facebooknya turut menafikan perkara tersebut.

“Whatsapp yang tersebar mengenai laporan polis oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah PALSU,” katanya. -ismaweb

No comments:

Post a Comment