Sunday, October 4, 2015

BILA DISISIH, BARU DIA TAU NAK MEROYAN!!!

SEMUT HITAM
BILA DISISIH, BARU DIA TAU NAK MEROYAN!!!
Itu je kesimpulan mudah yang boleh kita buat apabila puak - puak PAS ni mengecam pembentukan Pakatan Haprak Baru tu tanpa penglibatan mereka. Semuanya kerana mereka telah disisihkan.

Bahkan sebelum ini pun, puak - puak PAS tu jugak yang mendakwa bahawa mereka sengaja tidak dimaklumkan secara terperinci oleh puak - puak PKR berhubung pembentukan tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, PAS mempertikaikan keikhlasan puak - puak PKR mengenai rundingan 'Meja Bulat' yang dianjurkan bagi tujuan mewujudkan Pakatan baru.

Hari ini, baru la PAS sibuk nak kecam tindakan tergesa - gesa yang telah dilakukan oleh Presiden yang membuat pengumuman mengenai pembentukan Pakatan Haprak tu baru - baru ini.

Selain mempersoalkan tindakan tergesa - gesa yang dilakukan oleh PKR, PAS juga turut mendakwa pembentukan Pakatan Haprak Baru tu hanya menonjolkan sikap pentingkan diri sendiri.
“Soal agihan kerusi akan menjadi masalah utama. PAS tidak akan bergabung dengan Pakatan Harapan kerana tindakan DAP terhadap PAS.“Tak mungkin PAS juga boleh terima PAN yang kini sedang menarik ahli PAS dan merampas bangunan PASTI dan markas PAS,” tegasnya dalam satu kenyataan media semalam.
PAS dalam pada itu mendakwa, mereka sebelum ini juga terpaksa menyerahkan sebahagian besar kerusi Parlimen dan DUN yang ditandingi parti itu kepada PKR sewaktu berada dalam Pakatan Rakyat.

Justeru, katanya, jika PAS bergabung pula dengan Pakatan Haprak Baru tu, bermakna parti itu sekali lagi terpaksa menyerahkan kerusi mereka kepada parti PAN dan ia tidak mungkin akan berlaku.

Pokok pangkalnya, PAS membuat dakwaan bahawa mereka hanya akan berdepan dengan kerugian sekiranya terpaksa bergabung dengan puak - puak Pakatan Haprak Baru tu. Mana mungkin diorang akan memberikan kerusi mereka kepada puak - puak Pengkhianat!!!

No comments:

Post a Comment