.
Dr Mohd Zain Yang Dipertua Waris yang pertama
KENYATAAN
Yang Dipertua penaja Warga Alumni Republik Indonesia Sumatera (Waris), Dr Mohd Zain Yusoff telah sah dilantik menjadi Ydp Waris yang pertama. Pemilihan Mohd Zain seorang ahli korporat dan doktor pergigian dibuat dalam mesyuarat agung pertama Waris yang diadakan tanggal 26 September lalu di Kota Bharu, Kelantan.
Manakala pegawai tinggi Kementerian Pendidikan Dr Suhami Kadir pula dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua.
Naib Yang dipertua pula disandang oleh Kamaruddin Daud (Dino), ahli perniagaan. Mesyuarat itu juga turut memilih Setiausaha dan penolong Setiausaha. Abdul Patah Ghazali dipilih sebagai Setiausaha manakala penolong Che Yahya Che Soh, seorang Pengetua Sekolah Menengah di Kuala Lumpur.
Untuk jawatan Bendahari dipegang oleh bekas guru Tuan Khatimah Tuan Ibrahim manakala penolong Rosni Ismail yang juga merupakan Pengetua Sekolah di Jeli.
Manakala lima orang ahlijawatan kuasa yang dipilih terdiri daripada, Abd Aziz Omar, Nik Alwan Nik Mohd Amin (keduanya pesara guru). Wan Ruslan Wan Yaacob, (juga Pengetua di Kuala Lumpur), Dr Zuber Hassan seorang pegawai tinggi pendidikan dan Wan Abdul Razak Wan Ishak, guru.
Mesyuarat agung kali pertama itu dihadiri 24 daripada 54 orang ahli Waris yang berdaftar. Mesyuarat itu dirasmikan oleh Pegawai Diplomatik dan juga bekas Setiausaha Perdana Menteri, Dr Alies Anor Abdul.
Penubuhan Waris bertujuan mengeratkan hubungan sesama bekas mahasiswa Malaysia di Sumatera Utara. Terdapat lebih kira-kira 10,000 bekas mahasiswa Malaysia yang menuntut di Sumatera sejak 30 tahun lalu.
Waris dibentuk setahun lalu sebagai menjadi penggerak penubuhan Waris. Sehubungan itu Waris berjaya mengadakan satu pertemuan besar-besaran di kalangan mahasiswa yang menuntut di Sumatera dalam satu himpunan silaturahim di Kota Bharu.
Dengan selesainya mesyuarat agung itu Waris kini telah menjadi sebuah pertubuhan yang berdaftar dan diiktiraf.
Mana-mana bekas mahasiswa dari Sumatera boleh menghubungi Sekretrariat Waris untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Waris dan peranan serta kegiatannya.
YDP Waris, Dr Mohd Zain dalam ucapan penangguhan menggariskan beberapa aktiviti yang akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun ini. Antaranya ialah akan mengadakan kunjung hormat ke atas Duta Besar Indonesia di Kuala Lumpur serta beberapa orang kenamaan yang ada hubung kait dengan kependidikan.
Waris juga akan mengadakan pertemuan dengan Himpunan Mahsiswa Kelantan (Himsak) dan bercadang membuka pejabat bersama di Medan dalam masa terdekat bagi menjadi penghubung dengan mahasiswa Malaysia yang sedang menuntut di Sumatera. Apabila wujud pejabat itu nanti mahasiswa Malaysia yang menuntut di Sumatera seperti di Padang, Medan, Aceh atau Riau langsung boleh mengetahui perkembangan Waris.
Dalam pada itu Waris juga diminta merangka satu program kekeluargaan untuk mempertemu dan merapatkan hubungan anggota Waris dan keluarga pada masa akan datang.
Tahniah kepada pendokong dan pimpinan Waris. [wm.kl.10:57 pm 09/09/15]
Yang Dipertua penaja Warga Alumni Republik Indonesia Sumatera (Waris), Dr Mohd Zain Yusoff telah sah dilantik menjadi Ydp Waris yang pertama. Pemilihan Mohd Zain seorang ahli korporat dan doktor pergigian dibuat dalam mesyuarat agung pertama Waris yang diadakan tanggal 26 September lalu di Kota Bharu, Kelantan.
Barisan pimpinan Waris yang terpilih. |
Naib Yang dipertua pula disandang oleh Kamaruddin Daud (Dino), ahli perniagaan. Mesyuarat itu juga turut memilih Setiausaha dan penolong Setiausaha. Abdul Patah Ghazali dipilih sebagai Setiausaha manakala penolong Che Yahya Che Soh, seorang Pengetua Sekolah Menengah di Kuala Lumpur.
Untuk jawatan Bendahari dipegang oleh bekas guru Tuan Khatimah Tuan Ibrahim manakala penolong Rosni Ismail yang juga merupakan Pengetua Sekolah di Jeli.
Manakala lima orang ahlijawatan kuasa yang dipilih terdiri daripada, Abd Aziz Omar, Nik Alwan Nik Mohd Amin (keduanya pesara guru). Wan Ruslan Wan Yaacob, (juga Pengetua di Kuala Lumpur), Dr Zuber Hassan seorang pegawai tinggi pendidikan dan Wan Abdul Razak Wan Ishak, guru.
Mesyuarat agung kali pertama itu dihadiri 24 daripada 54 orang ahli Waris yang berdaftar. Mesyuarat itu dirasmikan oleh Pegawai Diplomatik dan juga bekas Setiausaha Perdana Menteri, Dr Alies Anor Abdul.
Zain menyampaikan cenderahati kepada Alies. |
Waris dibentuk setahun lalu sebagai menjadi penggerak penubuhan Waris. Sehubungan itu Waris berjaya mengadakan satu pertemuan besar-besaran di kalangan mahasiswa yang menuntut di Sumatera dalam satu himpunan silaturahim di Kota Bharu.
Dengan selesainya mesyuarat agung itu Waris kini telah menjadi sebuah pertubuhan yang berdaftar dan diiktiraf.
Mana-mana bekas mahasiswa dari Sumatera boleh menghubungi Sekretrariat Waris untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Waris dan peranan serta kegiatannya.
YDP Waris, Dr Mohd Zain dalam ucapan penangguhan menggariskan beberapa aktiviti yang akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun ini. Antaranya ialah akan mengadakan kunjung hormat ke atas Duta Besar Indonesia di Kuala Lumpur serta beberapa orang kenamaan yang ada hubung kait dengan kependidikan.
Waris juga akan mengadakan pertemuan dengan Himpunan Mahsiswa Kelantan (Himsak) dan bercadang membuka pejabat bersama di Medan dalam masa terdekat bagi menjadi penghubung dengan mahasiswa Malaysia yang sedang menuntut di Sumatera. Apabila wujud pejabat itu nanti mahasiswa Malaysia yang menuntut di Sumatera seperti di Padang, Medan, Aceh atau Riau langsung boleh mengetahui perkembangan Waris.
Dalam pada itu Waris juga diminta merangka satu program kekeluargaan untuk mempertemu dan merapatkan hubungan anggota Waris dan keluarga pada masa akan datang.
Tahniah kepada pendokong dan pimpinan Waris. [wm.kl.10:57 pm 09/09/15]
No comments:
Post a Comment