Thursday, September 24, 2015

PAS PERTIKAI, PAKATAN HAPRAK GHAIRAH SANGAT!!!

SEMUT HITAM
PAS PERTIKAI, PAKATAN HAPRAK GHAIRAH SANGAT!!!
Alamak ai!!! Masuk kali ini dah tiga pihak yang tampil mempertikaikan kenapa puak - puak Pakatan Haprak Baru tu terlalu 'Ghairah' sangat nak wujudkan pembentukan Pakatan baru.

Jika sebelum ini, pengamal media sosial mempersoalkan kenapa Pakatan Haprak Baru tu menggugurkan 'Pakatan Rakyat' dan menggantikannya dengan 'Pakatan Harapan'. (Klik Sini)

Bahkan tindakan mereka mengumumkan pembentukan Pakatan Haprak Baru itu juga turut dipertikai oleh Bekas Pengerusi BERSHIT, Si Ambiga sewaktu perbincangan Meja Bulat tu baru - baru ini. (Klik Sini)

Kali ini tiba giliran PAS pulak membangkitkan isu yang sama dengan mendakwa pembentukan Pakatan Haprak Baru tu dibuat atas desakan dari kalangan puak - puak DAPigs.

Katanya, pengumuman segera yang dibuat oleh Rejim DAPigs di Pulau Pinang sebagai Negeri Pakatan Harapan pertama di Malaysia seolah - olah membenarkan dakwaan yang dibuat.
"Tindakan sepantas kilat itu telah menambat persepsi di minda rakyat mengenai siapa sebenarnya perancang utama di dalam pakatan yang baharu ini," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Sekiranya ia dilihat dari satu sudut, tindakan Rejim DAPigs tu secara tidak lansung dianggap sebagai salah satu langkah 'Menyindir' Rejim Pakatan Selangor dan Rejim PAS Kelantan.

Rejim Pakatan Selangor kata Pakatan Haprak Baru tu takde kaitan dengan diorang. Manakala Rejim PAS Kelantan pula tetap dengan pendirian PAS Pusat untuk tidak menyertai pembentukan Pakatan Haprak Baru tu.

Dalam masa yang sama, PAS juga turut mempertikaikan keikhlasan Presiden PKR yang sebelum ini didakwa 'Tidak Menyampaikan Maklumat Tepat' berhubung rundingan Meja Bulat tu sebelum ini.
"Perjumpaan antara PAS dengan PKR di Pejabat PKR pada September 15 yang lalu langsung tidak dimaklumkan tentang adanya persidangan meja bulat pembangkang.


"Persidangan meja bulat pembangkang dimaklumkan kemudian, dan pada awalnya ia diberi gambaran bahawa persidangan itu sekadar sebagai perbincangan isu melibatkan kepentingan rakyat. Namun apa yang berlaku ternyata persidangan itu mempunyai agenda lain," katanya.
Kesimpulan mudahnya, pembentukan Pakatan Haprak Baru tu didakwa telah didalangi oleh puak - puak DAPigs yang ingin menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri dan PKR pulak terpaksa akur demi tujuan yang sama. Pokok pangkalnya, semua tu dibuat bukan untuk menjaga kepentingan rakyat!!!

No comments:

Post a Comment