Friday, September 25, 2015

[JAWAPAN KEPADA MELAYU RISAU] Dia Nasihat Jangan Upload Gambar Korban Lembu di FB, Nak Jaga Hati Kawan Hindu

CELAH GELEGAR
[JAWAPAN KEPADA MELAYU RISAU] Dia Nasihat Jangan Upload Gambar Korban Lembu di FB, Nak Jaga Hati Kawan Hindu
Gambar Hiasan
Kononnya Toleransi  

Saya harap rakan-rakan FB saya tidak ada yang post gambar-gambar penyembelihan kepala lembu korban bagi menghormati rakan-rakan kita yang beragama Hindu. 

Sebelum kita mengharap orang lain menghormati agama kita, kita perlulah menghormati agama lain terdahulu.

Terima Kasih.

Oleh: Syza

Jawapan

Ada sesetengah muslim tak mahu menyiarkan foto2 mahupun post2 berkaitan tentang Korban atas nama "toleransi agama" 

Itu terpulang kepada individu. 

Bagi saya jika isu "korban" menjadi isu "toleransi", maka :

Jangan jual daging di pasar2 atas nama toleransi.
Jangan ada khutbah Jumaat tentang Korban atas nama "toleransi".
Jangan ada siaran di kaca TV tentang korban atas nama toleransi.

---

Kenapa kita harus keliru antara menyebar syiar Islam & ibadah vs toleransi? 


Ibadah korban bukan muncul tahun ini. Ianya sudah lama. Malah masyarakat beragama Hindu sudah faham tentang ibadah korban dan mereka tiada masalah untuk kita mengamalkan agama kita sebagaimana kita membiarkan mereka mengamalkan agama mereka. 

Adakah itu bukan satu bentuk "toleransi"? 

Masih tak cukup lagi toleransi kita? 

Agak sedih. Bila orang Islam sendiri yg tak faham agama mereka. Mereka takut mengamalkan agama mereka walhal Islam adalah agama rasmi negara.

---

‪#‎Kesimpulan‬

Jika individu2 terbabit faham tentang ibadah korban & toleransi agama, mereka tak akan berkata sedemikian. 

Ibadah korban, bukan sahaja menyembelih lembu, tetapi kerbau dan kambing.

Oleh: Aznil Hisham

No comments:

Post a Comment