CELAH GELEGAR
Tweet PM, Najib Suruh TUTUP SEMUA SEKOLAH pada Isnin dan Selasa adalah PALSU
Tweet yang menjadi viral dan mencetuskan kekeliruan di kalangan ibu bapa. |
SHAH ALAM - Tweet Perdana Menteri meminta agar Kementerian Pendidikan menutup semua sekolah seluruh Malaysia pada hari Isnin dan Selasa berikutan jerebu adalah palsu.
Tweet yang menjadi viral hari ini telah menyebabkan ramai ibu bapa keliru.
Tinjuan Sinar Online mendapati tweet sebenar Najib adalah meminta agar rakyat mengurangkan aktiviti luar dek kerana jerebu teruk yang melanda negara kini.
"Saya difahamkan keadaan jerebu di beberapa negeri di Malaysia berada pada paras tidak sihat. Kurangkan aktiviti luar dan jika perlu, guna topeng muka," tulisnya di Twitternya hari ini.
Terdahulu Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu kenyataan hari ini mengarahkan semua sekolah di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Bahagian Sri Aman, Kuching dan Samarahan di Sarawak perlu ditutup esok (28 September 2015) rentetan daripada jerebu kuat yang melanda negeri-negeri tersebut.
Dalam perkembangan terbaharu, kementerian itu juga turut mengarahkan semua sekolah di Pahang dan Tanjung Malim juga ditutup berikutan bacaan IPU sehingga jam 4 petang tadi menunjukkan bacaan tidak sihat iaitu 101-200 dan sangat tidak sihat (201-300). -Sinar Harian
No comments:
Post a Comment