CELAH GELEGAR
[NEW YORK] Najib terima anugerah daripada ITU, PM Bangladesh, Fiji, Thailand, Gabon, Kenya, Vanuatu dan Rwanda turut TERIMA Anugerah Sama
NEW YORK: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima anugerah "berprestij" "Anugerah ICT dalam Pembangunan Mapan" atas usahanya memperkembangkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi pembangunan lestari.
Anugerah itu disampaikan pada jamuan malam gala sempena ulang tahun ke-150 Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) yang diadakan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, sebentar tadi.
Najib adalah salah seorang penerima anugerah itu yang disampaikan oleh Setiausaha Agung ITU, Haolin Zhao.
Turut menerima anugerah sama ialah Perdana Menteri Bahrain, Bangladesh, Fiji, Thailand, Presiden Gabon, Kenya, Vanuatu dan Rwanda.
Dalam ucapan penerimaannya, Perdana Menteri berkata anugerah berprestij itu mengiktiraf usaha berterusan Malaysia memperkembangkan ICT untuk pembangunan mapan dan bangga kerana usaha itu dihargai masyarakat antarabangsa.
"Ketika mengejar ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, Malaysia juga mengalakkan perluasaan penggunaan teknologi ICT untuk faedah sosioekonomi di kalangan masyarakat sasar di Malaysia.
"Usaha juga dibuat untuk melengkapkan pelajar sekolah dengan kemahiran digital lanjutan dan pemikiran berasaskan komputer, yang sudah menjadi prasyarat memperoleh kerja bergaji tinggi terutama di kalangan tenaga pekerja generasi muda," katanya.
Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri di JPM, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin.
No comments:
Post a Comment