SEMUT HITAM
HEBAT! SELANGOR DITADBIR OLEH REJIM LANGIT???
Hah! Itu la korang. Jangan mudah sangat nak memperlekehkan Si Menteri Besar Cap Ayam tu tau. Dia ada kuasa ajaib yang boleh membuatkan dia memerintah dengan begitu efisyen sekali.
Walaupun diperingkat pusat, puak - puak Pakatan Haprak tu tak boleh nak bersatu dan bekerjasama dengan PAS, tapi di Selangor Si Menteri Besar Cap Ayam tu kata ianya boleh dikecualikan.
Namun menurut laporan dari pelbagai sumber, Rejim Pakatan Selangor tu dah lama dah tak buat mesyuarat dek kerana perbalahan berlarutan secara terbuka diantara PAS dan juga DAPigs.
Katanya, pemimpin - pemimpin diantara kedua - dua parti tu tak boleh lansung nak duduk semeja walaupun untuk membincangkan mengenai isu - isu yang berkaitan dengan kebajikan rakyat.
Jadi, bagaimana Rejim dibawah pimpinan Si Menteri Besar Cap Ayam tu boleh berfungsi dengan baik walaupun dia kata pentadbiran Rejim tu takde kaitan dengan Pakatan Haprak diperingkat Pusat?
Hakikatnya semua orang pun tahu pendirian PAS yang jelas menyatakan bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan puak - puak DAPigs. Begitu juga dengan pendirian yang dibuat oleh DAPigs.
Maka kesimpulan mudahnya, pemerintahan Rejim Pakatan yang dipimpin oleh Si Menteri Besar Cap Ayam tu ternyata jauh Lebih Hebat jika nak dibandingkan dengan 'Kerajaan Langit' sebab Si Menteri Besar Cap Ayam tu lagi 'Gila' dari Si Ayah Pin!!!
KUALA LUMPUR – Negeri Selangor dan rakyatnya kini boleh diibaratkan sebuah negeri yang ditadbir oleh sebuah kerajaan caca-merba.
Ia berikutan pengumuman Menteri Besar yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali bahawa Pakatan Harapan yang ditubuhkan semalam tiada kaitan dengan kerajaan Selangor.
Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata, kenyataan Mohamed Azmin itu mengelirukan rakyat Selangor kerana menimbulkan persoalan tentang status parti politik yang mentadbir kerajaan Selangor sekarang ini.
“Menteri Besar Selangor mengesahkan tiga exco kerajaan Selangor daripada PAS dikekalkan walhal PAS menegaskan mereka tidak sertai Pakatan Harapan (yang dianggotai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN)).
“Ini menunjukkan Selangor kini ditadbir oleh dua pakatan. Satu Pakatan Harapan melibatkan DAP dan PAN. Kedua `Pakatan Azmin’ melibatkan DAP dan PAS,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
No comments:
Post a Comment