CELAH GELEGAR
[BUKTI TIADA KERUSI KOSONG] Najib Berucap di Sidang Kemuncak Para Pemimpin Mengenai Pemelirahaan Keamanan
Facebook Najib Razak sebentar tadi memuat naik gambar Perdana Menteri semasa berucap di Sidang Kemuncak Para Pemimpin Mengenai Pemeliharaan Keamanan di ibu pejabat PBB. Sesi tersebut dipengerusikan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.
Kelihatan tiada kerusi yang kosong seperti dakwaan di media sosial sebelum ini.
Gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berucap dalam dewan kosong, pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menjadi viral sebelum ini akhirnya disahkan palsu.
Seorang wartawan TV Al-Hijrah, Finaz Yunus yang kini berada di New York, bagi membuat liputan Perhimpunan Agung PBB berkata “Datuk Seri Najib Razak hanya dijadualkan berucap pada perhimpunan PBB esok.”
“Jadi, gambar yang didakwa menunjukkan keadaan sedemikian adalah palsu.
Pagi ini Najib memuat naik gambar semasa beliau berucap dan membuktikan kepada semua bahawa tiada kerusi kosong.
"Saya menyampaikan ucapan di Sidang Kemuncak para Pemimpin mengenai Pemeliharaan Keamanan tadi.""Malaysia menyokong penuh cadangan memperkukuh operasi Pemeliharaan Keamanan United Nations dan kami sedia menghantar tentera pengaman." kata Najib.
Sumber: Najib Razak
No comments:
Post a Comment