Tuesday, September 29, 2015

DOKTOR PUN BERANI SELAK KAIN DIA!!!

SEMUT HITAM
DOKTOR PUN BERANI SELAK KAIN DIA!!!
Nah!!! Untuk sekian kalinya, dakwaan serta tuduhan yang dilemparkan oleh keluarga Si Nurul Izzah tu sebelum ini terbukti hanya sekadar PEMBOHONGAN semata - mata untuk kelirukan rakyat.

Tapi, tak heran la jika perkara seperti itu dilakukan oleh orang seperti Si Nurul Izzah tu sebab sebelum ini pun dia pernah KANTOI menabur FITNAH terhadap bekas calon Barisan Nasional.

Semua tu dibuat hanya atas dasar untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi dia dan keluarga dia sendiri. Tujuannya adalah untuk mendapatkan sokongan dan meraih simpati dari kalangan rakyat.

Dan demi untuk mencapai hasrat tersebut, maka tak heran la jika dia sanggup melakukan apa sahaja termasuk memburukkan orang lain dan menjaja 'Air Mat Buaya' dia sehingga ke Amerika.

Mungkin Si Nurul Izzah tu ingat, semua orang di Malaysia ni jenis yang tak bersikap Profesional macam dia gamaknya. Tu pasal la dia sesuka hati je buat tuduhan dan dakwaan terhadap orang lain.

Walhal, apa yang dia sendiri buat pun bukannya Profesional sangat. Tapi, tak tau la kalau dia rasa dengan menabur FITNAH hanya untuk mengekalkan jawatan Ahli Parlimen tu sebagai satu langkah yang Profesional. Nampak sangat la Profesionalisme Si Nurul Izzah tu hanya bertaraf LONGKANG!!!
KUALA LUMPUR: Ketua panel yang merawat Anwar Ibrahim, Datuk Dr S. Jeyaindran menegaskan bahawa beliau sentiasa bersikap profesional dalam menjalankan kerja dan merawat Anwar seperti pesakit lain.

Kenyataan itu dibuatnya selepas tindakan Nurul Izzah mempertikaikan kredibiliti Dr Jeyaindran yang menjadi saksi menentang bekas ketua pembangkang dalam kes liwat membabitkan bapanya dan Saiful Bukhari.

Itu pendapat Nurul Izzah. Saya rawat Anwar sebagai seorang yang profesional dan layanan saya terhadap Anwar semasa dalam penjara adalah secara profesional. Tiada kaitan dengan apa yang berlaku sebelum ini. Lagipun ada 13 pakar yang jaga dia, saya hanya sebagai koordinator,” katanya memetik laporan The Malaysian Insider.

Beliau yang turut pernah menjadi saksi pendakwaan Anwar juga menyatakan hal itu tidak memberi kesan kepada tugas kedoktorannya kepada Anwar sebagai pesakit.

Dakwaan keluarga Anuar bahawa hanya Dr Jeyaindran sahaja yang merawat Anwar juga disangkal kerana terdapat 13 doktor pakar lain yang turut menjaga bekas ketua pembangkang itu.

No comments:

Post a Comment