Wednesday, September 23, 2015

[MUSIM HAJI 2015] Arab Saudi rampas 70,000 al-Quran palsu diedar kepada jemaah

CELAH GELEGAR
[MUSIM HAJI 2015] Arab Saudi rampas 70,000 al-Quran palsu diedar kepada jemaah
Gambar Hiasan
MAKKAH, Khamis – Pihak berkuasa Arab Saudi menyita sekurang-kurang 70,000 naskah al-Quran palsu yang akan diedarkan kepada jemaah sepanjang musim haji tahun ini.

Al-Quran palsu itu ditemui dalam sebuah trak di Al Jamoom, sebuah desa yang berdekatan dengan Makkah, Arab Saudi.

Sumber Saudi Gazette melaporkan al-Quran itu dibawa oleh sebuah trak yang mana tujuannya adalah untuk diedarkan kepada para jemaah haji.

Dalam perkembangan yang sama, Kementerian Perdagangan dan Industri Arab Saudi juga telah merampas 4211 barang makanan dan 40,000 barang bukan makanan dari kedai-kedai sekitar bandar Makkah dan Madinah.

Pemeriksaan itu dilakukan secara intensif untuk mencegah barang-barang yang tidak berkualiti dan melanggar peraturan jual beli kepada jemaah haji.

Antara yang disita ialah air zam-zam, ayam beku, daging beku, kentang, acar, keju, jem nanas, minyak zaitun, aneka jus, biskut, produk-produk tenusu, kek, kerepek, teh, kuih berisi kurma, minuman bersoda, pelbagai rempah dan gula-gula.

Manakala barang-barang lain seperti barangan elektronik, pengecas telefon, telefon bimbit, rantai serta pelbagai produk kosmetik dan penjagaan tubuh termasuk krim, vaseline, minyak wangi, syampu, sabun, minyak wangi, sabun pencuci dan bag tangan.

Selain itu kementerian juga akan memulakan pemeriksaan ke atas kedai-kedai emas dan perhiasan bagi memastikan timbangan dan alat ukur yang dipakai bersesuaian seperti yang ditetapkan. – Agensi

No comments:

Post a Comment